Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Motivasi : Mengapa dia boleh berjaya?

Mengapa dia berjaya?

================

Shaklee Sarawak
Gambar dari google

Pasti ramai yang terdetik dalam hati bila buat Shaklee…mengapa dia boleh berjaya? Namun sikap biasa manusia suka melihat orang luar dan jarang nak lihat cermin diri sendiri. Kita mudah nampak kelebihan orang, kemudahan dan apa sahaja tentang orang. Bila kita fokus begitu kita akan melihat diri kita banyak kekurangan tanpa sedar perkara ini yang buatkan kita masih dibelakang dan ketinggalan.

1. Niat :

Anda kena ada niat anda buat Shaklee kerana apa? Adakah kerana nak duit semata-mata? Adakah untuk menjadi kaya membuta tuli? Atau adakah untuk membantu ramai kawan sihat dengan cara yang betul iaitu berniaga dengan cara yang sah. Kalau anda mempunyai niat untuk membantu ramai orang sihat dan membantu ramai orang mempunyai ekonomi yang lebih baik, satu kena ingat…. CABARANnya sangat hebat! Anda kena sabar dan terus sabar.
Apa yang saya dan leader2 lain kecapi hari ini adalah atas apa yang kami niatkan dan atas apa yang telah kami lalui ujian yang diberi. Malah sehingga hari ini ujian tidak pernah berhenti. Kerana ujian ini membuatkan leader menjadi mantap dan berpendirian.

2. Berniaga kena ada cara.

Kita nak bantu orang sihat dengan cara berkongsi kebaikan Shaklee dan nak bantu orang lain ada ekonomi hebat untuk mereka bangunkan diri dan keluarga. Kita bukan nak buka wellfare yang mana kita kena jual produk lebih rendah dari harga ahli. Inilah yang merosakkan market dalam jangka panjang. Berniaga jangan beri hutang. Itulah prinsip yang perlu dipegang.
Perlu jaga akaun perniagaan seolah-olah ia adalah bisnes yang besar kerana hakikatnya ia boleh jadi besar jika anda usahakan dengan bersungguh-sungguh.

3. Untung rugi 

Semua orang meniaga memang nak untung. Mana ada orang yang suka rugi? Namun dah nama meniaga kena ada modal. Modal ni adalah satu yang mengikat kita kepada sebuah nilai ‘komitmen’. Bila nak berniaga pastikan modal tidak sesekali diusik. Belajarlah order sendiri melalui online atau no telefon 03-56223188. Jangan mengharap stok semua dari upline. Belajar berdikari. Ini ada distributor nak amik stok dengan upline …taknak bayar RM10 atau RM20  untuk kos penghantaran. Bila semua fikir nak untung…akhirnya tak ke mana sebab sentiasa ada niat nak mudah, nak senang, nak untung tetapi waktu yang sama tak fikir upline pun order tetap kena bayar duit penghantaran jika jumlah pesanan tak mencecah RM800.

4. Mengorak langkah

Kenapa ada yang kata Shaklee tu susah? Sebab dia jual produk yang dia tak makan. Malah ada yang join ahli memang untuk berjual tanpa makan. Maka perkongsian itu tidak ikhlas. Banyak amik testimoni orang lain. Walhal kalau nak berjaya kena makan dan rasa sendiri kesan vitamin. Bila buat perkongsian lebih mudah. Beli stok vitamin yang kita makan supaya bila dah share dan ada orang berminat nak beli, kita dah bersedia dengan stok. Kan mudah? Buat sharing kena istiqamah dan jadikan rutin. Bukan hari ni nak buat esok nak rehat. Tak de istilah rehat sebab dalam bisnes hasil bergantung pada kerajinan. Tak macam makan gaji. Maka kena istiqamah berusaha.

5. Etika

Berniaga perlu ada etika supaya kita beroleh rezeki yang memudahkan kita, yang menyenangkan kita dan menguntungkan kita.
Saya dah jumpa kawan yang buat bisnes …untung besar berjuta income tahunan. Tapi kesian, diri sendiri selalu tak sihat. Makan pun tak jadi apa. Suami sibuk dengan bisnes. Anak juga banyak ujian. Selalu rugi dalam berbeli. Beliau berniaga tiada etika. Semuanya boleh asal untung.
Itu beratnya bila berniaga tiada etika.

Etika berniaga yang asas 
1. Menjual dengan harga yang ditetapkan dan jangan menjual lebih rendah dari harga kos kerana ini akan merugikan diri sendiri.
2. Elakkan mengambil downline [ ahli berdaftar] orang lain.
3. Menjual produk mengikut keperluan dan jangan kerana nak mata ganjaran produk yang tak sesuai kita kata sesuai.
4. Elakkan menipu dalam urusniaga.

6. Sabar.

Apa juga aspek kehidupan kita perlu bersabar. Ibu mengandung perlu 9 bulan untuk melahirkan anak. Pokok pun perlu masa berbunga, putik dan berbuah sebelum buah masak ranum. Hujan akan turun bila awan mula berat. Semuanya ada proses dan proses ini menuntut kesabaran.

Jangan melihat orang hebat terus pada penilaian anda hari ini. Cuba lihat 5 – 10 tahun belakang mereka. Apa yang mereka lalui….semuanya hampir sama. Perjuangan dengan cabaran yang menuntut kesabaran.
Paling utama adalah istiqamah.

Jangan sesekali merasa diri kita hebat kerana hebat itu milik ALLAH dan bila2 masa ALLAH boleh tarik apa yang kita ada pada hari ini dengan sekelip mata.

Bersyukur dengan ujian dan nikmat yang kita perolehi kerana itulah yang mendidik jiwa yang tenang.

Jangan berputus asa dengan rahmat ALLAH kerana Allah sentiasa membantu mereka yang berusaha.

Salam sayang
 Norita Idris
Euphoria founder.

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ 

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *