Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Menyusu sampai 3 tahun setengah

Mengandung ada cabarannya tersendiri tapi menyusukan anak lebih mencabar. Ya menyusukan anak adalah saat yang tak akan dilupakan dimana ia adalah masa yang mengeratkan kasih ibu dan anak.

Memang adakala menguji kesabaran bila si manja mula pandai menggigit atau bila dah tumbuh gigi.

Emosi ibu sangat penting dalam menentukan penghasilan susuibu. Jika ibu happy, susuibu akan lebih mudah dihasilkan. Apabila si ibu dalam keadaan emosi terganggu maka penghasilan susuibu juga turut terganggu. Sangat unik sekali.

Saya masuk maktab bila Addin berumur 2 tahun. Masa tu Addin masih menyusu badan. Maklumlah sebelum masuk maktab saya hanya mengajar tuition dirumah. Saya dapat buat ulang alik sepanjang pengajian diploma perguruan di Maktab Perguruan Miri Sarawak kerana alasan menyusu anak.

Paling mencabar bila ada perkhemahan yang mana terpaksa bermalam di hutan. Masa tu abah Addin akan datang ke tempat perkhemahan untuk beri peluang saya menyusukan Addin. Bayangkan betapa supportive nya abah Addin untuk penyusuan susuibu.

Syukur saya amalkan vitamin Shaklee sepanjang bujang, masa mengandung malah masa menyusukan Addin. Bezanya adalah saya kekal bertenaga walaupun adakala aktiviti yang diadakan sangat menguji ketahanan mental.

Saya juga dapat menyusukan Addin sampai umurnya 3 tahun setengah!!!
Paling tak boleh lupa adalah menyusukan dia dalam kapal terbang!

Kenapa nak menyusu sampai 3 tahun lebih? Sebab susu badan banyak! Bila plan nak mengandung yang kedua, saya yang paksa Addin stop. Letak la kopi atau benda pahit supaya dia taknak. Pun cabaran menyusu bila nak hentikan penyusuan …. hehehe.

Alhamdulillah si adik walau dapat menyusu 2 tahun setengah tapi masih satu rezeki kerana dapat nikmat menyusukan anak-anak.

Nanti saya share vitamin yang benar-benar membantu.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Penyusuan susuibu
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *