Mengapa sahur?

Tahun ni adalah puasa kami ke lapan [8] di Kuala Terengganu.
Sebut pasal puasa kita akan fikir sahur.
Mengapa sahur?
Mengapa melambatkan sahur?
Meskipun hukumnya sunah dan tidak wajib, tetapi umat Islam dianjurkan untuk bersahur kerana ia adalah persiapan penting sebelum berpuasa. Daripada sudut kesihatan, tidak bersahur menjadikan seseorang itu kurang bertenaga dan lesu ketika berpuasa selain meningkatkan risiko dehidrasi.
Sejak kecil lagi masa memula belajar berpuasa, masih ingat mak saya akan kejut dalam jam antara jam 4.30 pagi hingga 5.30 pagi untuk makan sebelum mula berpuasa. Mak akan panaskan beberapa lauk yang mak dah masak siang hari semalam untuk kami makan buat sahur. Kalau ada rezeki lebih mak akan tambahkan kurma bersama.
Mak akan bising kalau ada yang taknak bersahur. Mak kata nanti masa puasa akan menjadi letih dan tak bermaya. Lebih teruk kalau dehidrasi dan ia akan nampak kesannya bila mulut antara kami tumbuh ulser atau nama kampung dipanggil mata ikan.
Melambatkan adalah lebih baik.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) daripada benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (Maghrib).” (Surah al-Baqarah, ayat 187)
Artikel berkaitan : Bersahur dengan Cinch Chocolate
Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Berminat nak beli produk Shaklee ?
Berminat nak JOIN AHLI Shaklee ? Jom Klik Link Express ini.
Nak makan vitamin Shaklee secara PERCUMA? Nak tahu lebih details, Whatsapp sini
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
📱 Call/Whatsapp : 012-853-5689
kenangan sangat zaman kanak-kanak berpuasa, bab bangun sahur tu selalu liat ja🤣