Mengapa perlu letak banyak biji benih bila nak bertanam?
Atau ada yang menjual seperti gambar ini?
Maka sedarkah kita, mengapa bila kita berusaha baru sedikit kita dah mengalah?
Sedarkah kita ramai hari ini hanya menjadi penjual….bertukar-tukar barang jualan kerana tak sabar.
Sedangkan jika mahu menjadi seorang usahawan….kena bersabar dengan banyak percubaan dan mencari jalan memajukan perniagaan hingga benar-benar berjaya?
Kita akan campak biji benih dalam pasu dengan banyak sebab hakikatnya rezeki ni rahsia Allah. Kita takkan tahu biji benih mana yang menjadi. Sama lah dengan usaha. Jika banyak berusaha , pasti adakan ada satu usaha yang Allah pandang dan ianya berbuahkan hasil.
Sebab itu tak boleh putus asa. Tak boleh mudah kecewa.
Menjaga hubungan dengan Allah sangat penting. Menjaga segala amalan wajib disamping menjaga zikir dan sedekah supaya rezeki akan datang dalam bentuk berkat dan hebat insyaALLAH.
Jom jadi usahawan yang dapat membantu membangunkan diri dan ummah !
Salam sayang dari
N2 @ Ibu Addinnasa
=====================================================
Berminat nak menjadi bisnes partner kami di Terengganu?
Boleh hubungi kami di sini.