Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Membeli pada nilai yang sepatutnya dan menikmati faedah sebaiknya.

Suami saya membuka cerita yang menarik untuk membuka minda kami anak beranak….selepas menonton cerita Paskal lakonan  Hairul AzreenAmmar Alfian, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Gambit SaifullahHafizul Kamal, Theebaan G, Jasmine Suraya Chin.

Filem Paskal antara filem 2018 yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Cerita yang menarik bersandarkan kisah benar yang pernah berlaku dan kerana suami saya pernah mempunyai pengalaman bekerja di pelantar minyak maka nama Paskal sangat familiar untuk beliau.

Sangat membanggakan bila filem ini disenaraikan sebagai salah satu filem dengan kutipan pecah panggung tertinggi di Malaysia.

Menonton dipanggung wayang memberi kepuasan kepada kami anak beranak menghayati cerita ini.

Ia juga dikatakan membuka minda masyarakat….ada pekerjaan yang dilakukan oleh individu yang terlibat dalam Paskal…dimana duit bukan matlamat utama mereka. Kesanggupan mereka menjaga sebuah negara tanpa mementingkan nilai nyawa mereka sendiri. Sekurang-kurangnya generasi muda mampu melihat ada satu lagi pekerjaan yang boleh mereka sertai menjadikan ia salah satu cita-cita untuk mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

Mengapa filem dipawagam hari ini mampu mencecah kutipan berjuta? Memang benar, jalan cerita mempengaruhi untuk orang menonton di wayang dan paling utama kesedaran masyarakat untuk tidak membeli vcd cetak rompak. Selain enforcement yang rapi dalam mencegah cetak rompak dari berleluasa.

Pelakon bekerja keras menghayati watak yang dibawa agar penyampaian kepada penonton sampai terus ke hati. Jadi mereka selayaknya mendapat loyalti setanding dengan usaha kan?

Hakikatnya bukan semua filem adalah melalaikan…ada yang memberi inspirasi dan menyedarkan kita dengan hikmah yang cuba disampaikan dalam filem tersebut.

Ya membeli tiket wayang dan menontonnya bersama keluarga boleh dijadikan masa bersama keluarga dengan berkualiti dan pastinya lebih berhemah dari kita membeli vcd cetak rompak dan merosakkan usaha mereka yang menjayakan filem tersebut. Wallahu alam.

♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *