Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Melihat rezeki dalam konteks yang lebih luas?

Pernahkah kita terfikir bahawa:

  1. Jemputan makan di rumah kawan atau saudara
  2. Lalu lintas yang lancar
  3. Keluarga yang bahagia
  4. mendapat cahayamata
  5. Dalam kelewatan tetapi dapat sampai tempat yang di tuju  tepat masanya.
  6. mendapat pesanan barang belian (secara pos) dengan cepat.
  7. Melahirkan anak dengan tanpa banyak masalah.
  8. Teman sekerja belanja makan tengahari.
  9. Penghasilan susuibu yang berterusan walau tidak banyak.
  10. Mengandung anak tanpa banyak kesulitan (morning sickness atau alahan)
  11. Perniagaan mendapat sambutan.
  12. Perjalanan ke tempat yang dituju dengan lancar.
  13. Pergi dan pulang kerja dengan selamat.
  14. Anak selamat di pusat jagaan/taska.
  15. Anak sihat dan jarang sakit.
  16. Dapat nikmat makan dan minum dengan baik.
  17. Dapat menggunakan pancaindera dan segala nikmat kesihatan.
  18. Dapat bangkit dari tidur dengan baik.
  19. Mempunyai pekerjaan.

Sebenarnya banyak lagi nikmat yang Allah berikan yang mana adakala kita terlupa ianya salah satu REZEKI. Rata2 kita melihat rezeki itu dalam bentuk DUIT semata-mata. Rezeki itu sangat luas sebenarnya….namun berapa kalikah kita mengucapkan syukur pada Ilahi atas nikmat yang diberikan?
Apa yang ibu tuliskan juga menjadi peringatan buat ibu sendiri….berapa banyakkah masa yang kita peruntukkan untuk beribadat, memuji dan menginngatiNya sewaktu kita mendapat nikmat dan dalam keseronokkan?
Tetapi sudah menjadi lumrah , bila kita dalam kesusahan, kesulitan dan susah hati….pastinya kita akan punya banyak masa untukNya.
Adakala ibu pun malu mahu meminta namun sebagai manusia kita perlu bergantung kepadaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pemberi.
Doa yang paling ibu suka ialah:

” Ya Allah berikanlah kejayaan kepada mereka yang berusaha,
Ya Allah kebenaran kepada mereka yang ingin mengetahui,
Ya Allah berikanlah petunjuk kepada mereka yang memerlukan serta dengan rahmatMu janganlah Kau ambil semula segala nikmat yang telah Engkau berikan. Amin”

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Melihat rezeki dalam konteks yang lebih luas?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *