Master Shaklee: Bukan Penamat, Tapi Permulaan Perjuangan

Masa saya mula dulu, tak ramai yang percaya. Malah ada yang senyum sinis, kononnya saya hanyalah “buat bisnes supplement”, entah boleh pergi jauh ke tidak.
Tapi saya jalan juga. Langkah kecil yang kadang goyah, kadang laju, kadang hampir berhenti. Tapi dalam hati ada satu rasa: “Aku nak ubah hidup.” Dan itulah yang menjadi bara kecil yang saya jaga siang malam walau kadang letih, walau air mata dah jadi teman.
Bila akhirnya sampai ke tangga yang diberi nama Master, orang nampak kilau pangkatnya.
Tapi mereka tak tahu cerita di sebalik pangkat itu. Tak tahu malam-malam sunyi adakala menahan perasaan bila pelanggan cancel, bila group senyap, bila downline menghilang satu-satu. Tak tahu betapa saya pernah bertanya, “Berbaloi ke semua ni?”
Tapi saya teruskan juga, sebab sayatahu… kita bukan kejar pangkat. Saya kejar impian.
Ramai sangka bila dah sampai Master, segalanya jadi mudah. Padahal sebenarnya, itulah titik mula kepada fasa yang lebih besar. Dulu saya kejar kejayaan sendiri. Sekarang, saya bawa impian orang lain sekali atas bahu. Tanpa sedar saya jadi tempat orang bergantung harap. Hakikatnya kena kuat walau dalam hati sendiri sedang mencari kekuatan. Saya belajar senyum walau kadang hati sendiri berkecamuk.
Menjadi Master bukan bermakna kita dah sampai destinasi. Ia cuma satu papan tanda yang tulis, “Selamat datang ke laluan baru.”
Di laluan ini, saya bukan lagi sekadar penjual. Kini saya adalah pendidik dan penyambung harapan.
Sekarang bukan sekadar kumpul UV tetapi kumpul semangat, kumpul doa, kumpul keberanian daripada mereka yang selama ini hanya diam-diam percaya saya boleh bantu mereka berubah.
Dan ya, ia bukan jalan mudah. Tapi bila saya pandang ke belakang dan nampak wajah-wajah yang pernah hampir menyerah tapi sekarang dah boleh bantu keluarga, dah boleh pegang duit sendiri, dah boleh senyum yakin masa tu, saya tahu… saya ada sebab kenapa masih bertahan sampai hari ni.
Ada hari adakala saya rasa sunyi. Ada waktu saya rasa, kenapa aku yang kena kuat?
Tapi percayalah, setiap usaha yang kita buat, walaupun orang lain tak nampak, Allah sedang catat. Dan setiap langkah kecil kita — membalas mesej downline waktu tengah malam, buat training walau penat, layan customer walau diri sendiri tengah serabut — semua tu bukan sia-sia.
Itu semua adalah binaan untuk jalan ke syurga, asbab rezeki untuk keluarga, dan warisan semangat untuk generasi kita.
Dan di tahap ini juga saya belajar sesuatu yang sangat penting — menjadi Master bukan tentang siapa group paling hebat, paling laju, paling gah di atas pentas. Tapi ia adalah tentang satu perjuangan yang sama. Kita semua bawa satu misi yang serupa — nak bantu lebih ramai orang kekal sihat, kekal cergas, dan hidup dengan lebih bermakna.Bukan sekadar jual produk, tapi beri harapan. Bukan sekadar close sale, tapi membuka sebuah pintu kesedaran.
Di sinilah kita semua jadi satu pasukan walau dari group berbeza dengan satu semangat yang tak boleh dibeli: semangat nak tengok orang lain hidup lebih sihat dan berjaya.
Jangan sesekali rasa kita “dah sampai”. Sebab hakikatnya, perjalanan ni akan terus berkembang. Hari ni Master. Esok siapa tahu, kita bantu lahirkan lebih ramai lagi yang boleh rasa manisnya perjuangan ni.
Yang boleh berdiri sendiri, yang boleh jadi sumber rezeki untuk orang lain pula. Bila kita pegang satu prinsip kejayaan aku bukan hanya tentang aku masa tu jalan kita akan jadi lebih luas, lebih bermakna, dan lebih tahan lama.
Jadi, untuk yang mahu bergelar Master tiada yang mustahil. Perjalanan masih panjang. Bersedia untuk lebih banyak cabaran, lebih banyak belajar, lebih banyak tanggungjawab… tapi juga bersedia untuk lebih banyak rasa syukur. Sebab dari titik ini, kita bukan lagi hanya membina hidup kita, tapi hidup orang lain juga. Jangan sesekali ada prinsip mengalah.
Dan untuk yang sedang mendaki — jangan berhenti. Sebab bila sampai, baru kita tahu… semua penat tu berbaloi. Bukan sebab pangkat. Tapi sebab perubahan.
Akhirnya, Master hanyalah gelaran. Yang sebenar-benarnya Master adalah yang terus memberi, terus memimpin, dan terus belajar. Saya manusia yang tak sempurna, tapi saya pilih untuk terus berjuang.
Selamat datang ke perjalanan yang baru bermula. Semoga kaki ini tak goyah, dan hati ini terus ikhlas. Sebab bila niat itu betul, jalan pasti terbuka.