Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Magnet Rezeki – menarik banyak rezeki.

“Macam-mana dah usaha tapi tak nampak bayang nak berjaya pun !” Keluhan mereka yang bersangka mereka banyak usaha.

Magnet Rezeki

Tahukah kita dalam berusaha secara fizikal kita juga perlu usaha menjadi magnet rezeki?

Magnet rezeki? Ia pastinya menjadi tanda tanya mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia bisnes. Sebab jika makan gaji, memang dah pasti duit masuk setiap bulan.

Berbeza dengan mereka yang berusaha berniaga, mencari sesuap nasi dengan usaha berniaga.

Kata guru saya, bila berniaga usahalah menjadi magnet rezeki.

Bagaimana nak menjadi magnet rezeki?

Dekati CEO bisnes iaitu ALLAH s.w.t. Dia yang Maha Kaya dan Maha Pemberi.

Beberapa hukum langit perlu dipatuhi disamping mempunyai sifat hunudzon iaitu bersangka baik pada ALLAH.

Antara yang disarankanlah ialah

#2 bersedekah

#1 buat baik pada ibu bapa.

————————————————————————–

Saya yakin semua orang mampu buat sedekah malah sanggup berikat perut untuk menunjukkan dia seorang pemurah dengan belanja kawan makan dan sebagainya. Namun kita kena faham, sedekah utama adalah pada yang layak menerima sedekah iaitu 7 asnaf yang dinyatakan dalam Al Quran.

Saya yakin semua orang berusaha menjadi anak yang baik, yang mematuhi dan menghormati ibu bapa namun hanya segelintir yang berusaha memberi atau menyampaikan hajat orang tuanya. Ada antara kita yang beri duit belanja bila ada lebihan…walau hakikatnya takkan miskin atau susah bila selepas memberi duit berbaki RM300. Sesungguhnya ALLAH jua yang menjaga segala pintu rezeki.

Sesungguhnya ALLAH mempunyai perbendaharaan yang sangat hebat dan tidak terjangkau oleh akal.
Namun sayangnya hanya segelintir yang yakin dengan perkara ini.

Maka apa kata kita usaha menjadi magnet rezeki dengan mengamalkan perkara-perkara berikut :

  • Menjaga solat wajib dengan baik.
  • Usaha menggembirakan ibu dan ayah dan menjaga kebajikan mereka.
  • Solat sunat [ Dhuha dan Tahajud]
  • Istighfar
  • Zikrullah 
  • Selawat ke atas nabi
  • Sedekah
  • Bersangka baik dengan ALLAH setiap masa.
Amalan2 ini perlu dilakukan dengan istiqamah dan tidak boleh hari ini usaha , esok dah tinggal. Ia ibarat simpanan. 
Semoga kita sama-sama usaha menjadi magnet rezeki 🙂 dan moga rezeki yang kita perolehi diberkati.

Ya Allah, berkatilah semua guru-guruku. Kasihilah mereka dan rahmatilah mereka. Sesungguhnya dengan izinMu atas ilmu yang mereka turunkan, kami berada di sini pada hari ini.
Terima kasih ya Allah kerana memilih kami untuk menerima ilmuMu dikalangan hamba-hambaMu.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 â™› Call/Whatsapp : 012-853-5689 â™›

 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *