Lisbon kami datang!

London dan Paris adalah tempat paling popular yang menjadi impian ramai orang untuk ke sana.

Alhamdulillah bulan September lalu kami 4 beranak diizinkan ALLAH sampai ke sana melalui agen yang biasa uruskan perjalanan jauh kami iaitu Pro Vacations.

Tak pernah terfikir pun saya akan ke London dan Paris ditambah baru balik dari Long Beach Los Angeles dan San Fransisco pada bulan Ogos bersama trip mewah Shaklee.

Balik dari United States kami terus lancarkan 3R untuk organisasi kami di KK. Dari KK kami ke JB, KL dan terus cuti sekolah.

So saya decide nak berjalan sempena cuti sekolah kerana nak reward diri sendiri. Saya plan nak ke London dan Paris pada mulanya bulan November atau Disember tapi sebab suami kata masa tu sejuk dan tak seronok berjalan dalam keadaan sejuk dan menggigil. Maka saya percepatkan pada cuti sekolah bulan lepas.

Itupun nyaris2 tertinggal flight kerana kami lupa masa bertolak yang diberikan adalah waktu pagi.

Kat London saya cuma pakai driver sekali aje itupun sebab nak ke Bicester Village [ sebutan dia Bister Village]. Memang boleh pakai train tapi saya nak yang selesa so saya minta agen uruskan tansport saya ke sana.

Driver ini sangat la ramah. Beliau berasal dari Portugal iaitu Lisbon. So beliau ceritalah tentang Porto dan Lisbon di Portugal. Sana cantik dan harga hotelnya jauh lebih murah berbanding di London. Ok saya kata nanti kami akan sampai ke sana insyaALLAH. Selama tak amik port pun nak tengok dunia tapi lepas dengar driver bercerita kami jadi seronok pula. Ditambah Nandos makanan kegemaran kami berasal dari Portugal…hehehehe. Menarik perhatian kami untuk ke sana.

Maka next destination untuk bawa anak-anak dan suami ialah Spain dan Portugal walaupun sebenarnya tak pernah terlintas dalam otak saya dulu-dulu duit kena simpan untuk tengok dunia.
Memang adakala percutian suami saya yang sponsor tapi saya tetap sediakan duit untuk pergi bercuti sebagai satu target tahunan yang perlu saya capai.

Dulu makan gaji tak pernah berani bermimpi …tahu saki baki gaji pun cukup-cukup makan aje. Simpanan pun ala kadar.

Sejak berShaklee saya berani…berani bermimpi. Bermula dengan percutian pendek ke USS, ke HK, ke Indon, Umrah bersama seluruh keluarga, London dan Paris…so nak masukkan list Spain dan Portugal tahun depan.

Nak bawa anak jalan tengok dunia… dan saya usaha nak bagi mereka yang terbaik. Percutian yang selesa dan paling utama bilik tidur yang selesa supaya mereka tak mudah penat.

So lepas ni kena selalu tengok gambar Spain, Portugal dan Morroco banyak-banyak….nak bayangkan kami sampai.

Ia akan jadi mimpi indah dan kerana itu kena terus usaha bukan hanya impian yang jadi kenangan.

Shaklee Miri

Shaklee Miri

Apa tempat impian kalian?

 Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.
COD Shaklee Miri Sarawak.

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian Shaklee [atau] pembelian produk Shaklee [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *