Kisah benar bagaimana seorang ibu mendapatkan semula hasil perahan dengan banyak.
Ini antara kenalan cyber yang ibu dah anggap macam adik sendiri… terima kasih Has kerana sudi untuk berkongsi suka duka perjalanan penyusuan Has dengan akak dan ibu2 diluar sana.
Salam,
Pekaba Kak N? saya harap Kak N sentiasa sihat dan ceria2 selalu…
Kak N, tujuan email ni saya layangkan buat tatapan Kak N bukanlah utk mengganggu tetapi untuk berkongsi kegembiaraan…walaupun kadang2 saya hampr putus asa tetapi kata2 semangat dari kak N membuatkan saya bangkit kembali…
selepas seminggu saya kene bengkak breast dan terpaksa makan antibiotik susu saya drop…saya stress sgt mase tu tp kepala ni sentiasa set yg stress akan menyebabkan susu saya makin kurang..tetapi saya teruskan juga makan b complex dan vitamin2 lain seperti biasa…air masak 3liter sehari…doa dan zikir yang tidak putus2 saya amalkan…pesanan kak N sentiasa saya ingat dan pesanan itulah yg membuatkan saya bangkit kembali…walaupun masa yang diambil utk susu pulih kembali sediakala agak lama juga…tapi saya tabahkan hati dan kuatkan semangat..jadual mengepam saya 1 hari sampai 5kali…kalau sebelum ni 3kali sehari…kadang2 sedih juga bila pam hanya dapat susu sedikit shj…tapi saya percaya dan yakin yang susu saya sentiasa cukup untuk Haikal..
Saya up kan alfalfa dari 2biji sehari sehingga 6biji sehari…pagi lepas sarapan 2biji,tengahari 2biji dan malam 2biji sehari…dan hasilnya bukan ambil masa sehari susu terus up tetapi ambil masa seminggu juga untuk susu saya kembali banyak dan boleh buat stok EBM untuk bulan puasa…apa yang nak saya kongsikan dengan kak N satu hari tu jadual pam saya seperti ni..
5.30am = 7oz
10.15am = 7oz
1.00pm = 5oz
4.00pm = 5oz
6.00pm = 4oz
total 28oz
Syukur sgt masa hari tu saya dpt susu yang agak meriah…selalunya 1hari hanya 20oz sahaja…saya percaya Usaha dan Istiqamah itu penting…doa dan solat 5 waktu mesti jaga..itu yang saya pegang sehingga hari ini..bulan Julai ni Haikal dah 1tahun bermakna saya dah beri dia susu ibu selama 1tahun dan perjuangan saya masih berbaki 1tahun lagi..Doakan saya ye kak N..terima kasih banyak2 atas nasihat dan semangat dari kak N..dan saya bersyukur sgt jumpa dengan kak N dan kenalkan saya dengan Shaklee..mungkin selama ini saya cuma dengar kejayaan ibu2 yang menyusukan anak sehingga 2tahun tapi untuk capai kejayaan itu bukan mudah…duagaan demi dugaan kita hadapi..sesungguhnya Allah itu maha pengasih dan penyayang…
salam sayang,
Hasmah
http://ibuhakimhaikal.blogspot.com/
Salam sayang dari ibu
Read more www.anakkuwiraku.com
harap-harap usaha saya pon akan membuahkan hasil yg sama mcm kawan akak ni 🙂
tgh tunggu set B dari Lyna..harap2 sampai hari ni
Salam kak N…semoga pengalaman saya ni boleh dikongsi bersama ibu2 yg menyusukan anak…berkat usaha,doa dan Istiqamah…Alhamdulillah susu saya masih cukup utk Haikal sehingga hari ini..dan saya harap sentiasa cukup sehingga umurnya 2tahun..memang saya akui shaklee adalah vitamin yg banyak membantu saya untuk meneruskan perjuangan penyusuan ini..terima kasih buat kak N yg saya anggap seperti kakak saya sendiri…Syukur diketemukan dengan kak N..Alhamdulillah…
syukur has, dah dapat semula hasil yang byk. Saya ni masih lagi berusaha..dah ada sikit perubahan..ye, mmng kak N sgt best dan take care pasal customer.saya pun suka sangat dgn cara Kak N. Insyaallah berjaya sehingga 2 tahun