Kelebihan dan Kelemahan Supplement dalam Penyusuan

Dalam dunia semuanya perlu seimbang…setiap kelebihan pasti punyai kelemahan. Mungkin ramai yang bermminat nak tahu kelebihan dan kelemahan pengambilan supplement dalam penyusuan…maka ibu akan tuliskan dalam bentuk yang ringkas, padat dan mudah difahami.

Sebelum ibu menulis dengan lebih panjang lebar, sayugia ibu ingatkan bahawa Shaklee adalah satu jenama yang telah lebih 50 tahun dalam pasaran. Produk Shaklee adalah vitamin yang khusus dan saranan pengambilan adalah berdasarkan keperluan seharian tubuh kita. Ianya khusus dan mudah difahami…sebagai contoh Vitamin C 500mg, B complex hanya vitamin B tidak seperti sesetengah produk di dalamnya ada vitamin B dan ditambah dengan vitamin lain menjadi campuran. Vitamin E Shaklee lengkap dengan Selenium tanpa perlu membeli supplement vitamin E dan Selenium yang berasingan.

Balik kepada topik arini….

Kelebihan Pengambilan Supplement dalam Penyusuan.

1. Ia membantu bandan si ibu lebih bertenaga dan ceria.

2. Ia membantu badan si ibu menghasilkan susu yang kaya dan penuh nutrisi dan ini kerana hanya ibu sahaja yang tahu pengambilan makananan sehariannya.

3. Ibu akan lebih yakin bahawa susuibu adalah pembekal antibodi terbaik untuk si manja dikala si kecil demam, selsema mahupun batuk.
4. Si ibu akan kelihatan cantik, muda dan berseri kerana badan si ibu menyerap kelebihan supplement yang diambil.

5. Susu sangat pekat, anak hanya minum sedikit sahaja dan mudah kenyang. Si ibu tidak mempunyai tekanan untuk menyediakan stok susu beku.

6. Pembesaran anak lebih diyakini terutama dengan pengambilan multivitamin yang mempunyai formula zat besi.

7. Si ibu tidak punyai masalah kedinginan terutama dengan pengambilan alfalfa serta vitamin E.

8. Ibu tidak perlu risau tentang masalah kecairan nutrien.

Kelemahan Pengambilan Supplement dalam penyusuan.

1. Si ibu perlu minum banyak air dari biasa. Jika ibu biasa yang tidak mengamalkan supplement badannya memerlukan air minima ialah 2 liter kerana dikhuatiri kecairan nutrien. Bagi pengamal supplement air diperlukan melebihi 3 liter sehari.

2. Si ibu perlu kerap ke tandas kerana perlu banyak minum air.

3. Si ibu perlu konsisten dengan pengambilan supplement. Perlu istiqamah.

4. Si ibu perlu keluar duit untuk membeli supplement.

Bagi yang terang hatinya pasti dapat menilai dengan lebih baik.

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *