Keramat SABAR

Masih ingat pada tahun 2007, saya nekad nak menjaga anak-anak saya sendiri. Masa tu pula heboh pasal maid yang dera anak.

Shaklee Miri

Saya mencari apakah pekerjaan yang boleh memberi saya gaji tetapi hanya perlu diusahakan dari rumah. Di kala itu saya teringatkan Shaklee saya yang saya usahakan sejak zaman Universiti lagi.
Saya bertanya pendapat beberapa kawan baik saya tentang idea saya nak kenalkan Shaklee secara online. Dari situlah lahirnya blog Anakkuwiraku.blogspot.com. Saya kongsikan semua manfaat produk Shaklee yang saya amalkan dan produk yang baru dilancarkan dalam Malaysia.

Pada awal penulisan, blog saya tidak pernah mendapat perhatian pembaca kecuali kawan-kawan terdekat. Hanya beberapa kenalan baru dunia siber saya peroleh dari forum susuibu yang terkenal pada waktu itu. Adatlah bila kita bukan somebody, pasti ada penentangan dan penolakan. Saya tak ambil hati sebab niat saya nak share manfaat produk ini.

Saya memang amalkan vitamin Shaklee sejak bujang , mengandung anak pertama Addin dan terus continue dengan Nasa. Menyusu Nasa tak banyak beza dengan menyusu Addin sebab saya amalkan Shaklee. So pada saya , saya nak sharekan manfaat Shaklee ni pada ibu bekerja dan ibu yang menyusu anak.

Ujian memang banyak bila orang kata kita taksub, tapi ye la nak amik hati pun takat mana sangat sebab balik pada niat. Niat saya nak share kebaikan produk Shaklee aje. Jika berminat cuba, jika tak minat abaikan. Tak de paksaan pun.

Alhamdulillah dah hampir  6 tahun lebih blog saya ni wujud…syukur. Kalau dulu si A penentang kini pengamal tegar.
Pada saya setiap orang berhak memilih yang terbaik dalam hidup masing-masing.

Alhamdulillah ‘ Sabar’ itu punya keramat yang besar. Kini ramai mengenali Shaklee malah lebih mudah boleh di order secara online [ website] khas Shaklee.

Ujian nak naik sehingga berada pada ini sentiasa wujud namun saya jadikan ia makanan kehidupan. Tanpa ujian kita tak tahu kat mana kekuatan semangat dan keyakinan diri kita.

Jika kurang ilmu biasanya akan mudah mengalah sebab sikap sendiri juga puncanya.

Memang nak berjaya dalam apa jua bidang, ilmu sangat2 penting.
Bukan ilmu produk semata-mata, ilmu Allah { Al Quran} , motivasi dan perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang kita ceburi.

Syukurlah masa zaman U setiap minggu saya ulang alik dari UM ke Wangsa Maju untuk belajar kelas produk. Berbaloi penat lelah untuk dapatkan ilmu tersebut. Masih ingat saya terpaksa pinjam duit roomate nak naik lrt bila poket kering dan saya bersyukur kerana mampu belanja roomate saya sampai sekarang kerana jasanya sangat saya kenang sehingga hari ini.

Syukur pada ALLAH atas segala aturanNya dan saya nampak banyak manfaat bila redha atas aturanNya.

Tips mudah nak berjaya :

1. Tingkatkan hubungan dengan ALLAH.
2. Banyakkan ilmu.
3. Sabar.
4. Hati kena cekal dan semangat kena kental.
5. Kena yakin pd diri.
6. Buat baik pada mak ayah.
7. Banyakkan doa. Doa itulah senjata mukmin.

Saya masih belajar sehingga hari ini.

Jumpa di puncak kejayaan!

 Penghantaran Seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. COD Shaklee Miri.
 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
 Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *