Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Jangan takut keluarkan duit untuk mak ayah.

Saya bukan berasal dari keluarga orang kaya…mak saya cuma seorang surirumah sehingga umur saya 18 tahun…abah saya seorang penjual ayam dan meninggal masa usia saya 18 tahun. Lepas itu mak saya kerja kilang dan jadi tukang masak di sekolah.

Namun bila lihat mak bersusah nak besarkan kami 7 beradik…saya pernah tanam impian nak berikan mak saya yang terbaik dalam hidupnya.

Masa hayat abah…. masa tu saya tingkatan 5…abah pernah cakap nanti dah kerja dia nak saya beri dia RM500 sebulan sebagai duit belanja. Saya janji akan tunaikan. Namun Allah lebih sayangkan abah…saya tak dapat nak beri RM500 masa hayatnya kerana abah pergi masa saya umur 18 tahun.

Awal berkahwin saya belum kerja tapi adik tegur tak beri mak duit belanja ke sebab mak dah hantar belajar sampai habis Universiti. Saya pun mula buat tuition kat rumah. Dapatlah bagi mak sebulan sedikit duit belanja.

Bila kerja cikgu saya beri mak lebih sikit….hakikatnya bila makan gaji duit kita terikat dengan banyak komitmen.

Bila buat Shaklee saya mula tambah duit bulanan untuk mak…untuk bahagian abah RM500 saya hantar kat masjid bayar bil air dan letrik dan saya niatkan pahala itu untuk abah. Maksudnya seolah-olah abah yang bayar.

Masih ingat lagi rumah mak saya tekanan air dia sangat la perlahan… kalau ada orang mandi dalam bilik air depan…kat dapur mesti takde air. So saya minta izin suami nak belikan mak pam air supaya tekanan air lebih kuat dan lebih baik. Mak memang tak minta malah dia taknak tapi kerana saya kasihankan mak saya tetap beli. Masa tu saya masih awal dalam bisnes Shaklee….tak de sangat duit cash, so saya beli dengan hutang sahaja iaitu kad kredit.  Ajaibnya lepas belikan mak water pump , rezeki bisnes saya bertambah baik. Alhamdulillah cepat langsai hutang kad kredit saya.

Selepas beberapa tahun bisnes Shaklee saya terdetik nak belikan mak kereta. Masa tu mak pakai kereta kancil yang dah berusia 10 tahun. Saya takut sebenarnya tak terbayar. Jujur saya takut. Tapi saya belikan juga kerana saya niat nak mak hidup lebih selesa. Memula saya tanya mak nak tak kereta Myvi? Mak buat lawak…mak nak macam kereta saya pakai Vios. Erk saya terkedu sekejap…saya bincang ngan suami minta izinnya dan beliau setuju asalkan saya mampu bayar.

Saya bertawakal aje pada ALLAH…atas niat nak gembirakan mak.

Saya belikan kereta idaman mak….dengan izin ALLAH tak sampai 3 tahun kereta tu selesai dibayar. MasyaALLAH memang ajaib.

Benarlah orang kata buat baik pada mak ayah ni membuka banyak pintu rahmat dan pintu rezeki.

Ada orang bila dah berjaya, ada kereta hebat ada rumah besar…mereka mula merasa tak best rumah mak bapa mereka walhal rumah tu la mereka dibesarkan….malah naik kereta mak ayah yang uzur pun tak mahu. Padahal sebagai anak kita boleh juga usahakan untuk berikan mak rumah dan ayah kereta yang lebih selesa. Boleh usahakan…sebagaimana mak ayah kita usaha nak besarkan kita adik beradik.

Hakikatnya hidup ini bukan kita sahaja hebat malah memberi yang hebat untuk mak ayah adalah lebih baik supaya rezeki itu dapat dikongsi bersama.

Jangan takut nak memberi pada mak ayah….ALLAH akan bukakan jalan rezeki yang luas sebagai gantian.

Ya doa mak ayah ni sangat hebat. Kalau rasa hidup susah, hutang banyak, masalah bertimbun…kita semak semula bagaimana kita layan mak ayah kita.

 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *