Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Jana Pendapatan dari Rumah

Jana Pendapatan dari Rumah

Jika dulu orang rasa pelik sangat jika nak jana pendapatan dari rumah. Namun sejak seluruh dunia lalui PKP atau nama panjangnya Perintah Kawalan Pergerakan, ramai dah sedar kepentingan kerja dari rumah.

 



PKP adalah waktu yang mana sebenarnya dunia ini berehat seketika dari kesibukan dan aktiviti manusia.

Kita dilarang keluar dari rumah dan jika ada keperluan hanya seorang atau 2 orang sahaja dari isirumah yang dibenarkan membeli barang keperluan rumah.

Bila keadaan ini berlaku, maka syarikat pengeluar atau syarikat produk mula menggalakkan pembelian atas talian. Maka ia juga memberi peluang pendapatan kepada mereka yang memerlukan.

Selain boleh urus anak dan keluarga, kita boleh dapatkan pendapatan tanpa perlu bekerja seperti orang pejabat yang mula jam 8 pagi dan balik jam 5 petang.

Ditambah zaman IT sekarang, semua orang pasti ada handphone. Malah tukang kebun sekarang pun ada handphone yang canggih dan boleh buat video call lagi.

Sekarang pula sangat popular tawaran menjadi dropshipper…yang mana individu itu hanya perlu promosi produk keluaran A, dapatkan order dan kemudian meminta pengeluar atau founder company yang buatkan pengeposan.

Banyak juga produk yang mula mendapat perhatian semenjak PKP tu. Tidak ketinggalan produk Shaklee.

Kita semua sedia maklum bahawa Shaklee adalah syarikat pengeluar vitamin dunia dan kebetulan PKP juga berkait dengan wabak penyakit Covid 19

Wabak yang membuatkan semua manusia berjaga-jaga dengan kesan yang boleh didapati apabila dijangkiti.

Waktu itu semua orang mencari -cari vitamin C. Permintaan ke atas vitamin C melonjak dengan sangat tinggi dan mendadak.

Masa itu juga ramai yang berminat menjadi pengedar Shaklee kerana kemudahan yang disediakan dan tawaran yang diberikan.

Waktu itu pada pandangan saya, ramai orang mencari peluang untuk jana pendapatan dari rumah sambil mengisi masa yang ada di rumah.

 

Kelebihan menjadi ahli Shaklee pula adalah, syarikat yang akan menguruskan penghantaran pesanan produk kepada pelanggan. Kita hanya perlu key in order di dalam sistem Shaklee.

Seterusnya Shaklee akan memastikan penghantaran berjalan lancar apabila Gdex yang menguruskan penghantaran.

Kita sebagai pengedar boleh membuat semakan pesanan pelanggan tadi juga seterusnya mengetahui adakah produk pesanan itu sudah dihantar atau belum melalui website Shaklee khas untuk ahli.

Jana pendapatan dari rumah

Bayangkan betapa mudahnya urusan perniagaan boleh diuruskan hanya dari rumah atau di mana sahaja kita berada. 

Paling penting ada internet dan wifi , semua nya boleh onzzz.


Mungkin kerana mudah, bisnes Shaklee mendapat perhatian sepanjang PKP tu.Keahlian juga meningkat kerana bisnes ini amat mudah dijalankan.

Walau demikian, untuk menjalankan bisnes Shaklee ini, jujurnya seseorang pengedar perlulah ada sincerity. Dia perlulah sendiri mengamalkan vitamin dan kemudian berkongsi kebaikan dengan yang lain.

Jika kita buat bisnes hanya kerana melihat peluang yang diwujudkan dan duit yang dihasilkan maka bisnes ini takkan bertahan lama.

Percayalah jika kita buat bersandarkan kebenaran dan kebaikan produk dan kerana mahu berkongsi manfaat dengan orang lain, ganjaran pasti akan tiba. 

Mungkin ia tak berlaku dengan serta merta tetapi pasti Allah tidak menghampakan.

Oh ya bukan ini sahaja tau, Shaklee menyediakan penyata pendapatan yang kemas malah penyata CP58 turut disediakan.

Artikel yang berkaitan : Bekerja dari rumah dengan penyata pendapatan

Saya turut bersyukur kerana bisnes Shaklee ini juga membantu kawan rapat dan adik saya punya pendapatan bulanan.

Adik saya Pengedar Shaklee Bukit Payong

walaupun baru 3 tahun menapak di Kuala Terengganu, alhamdulillah punya rezeki Shaklee di sini.

Jika anda masih mencari bisnes yang boleh bantu Jana Pendapatan dari rumah , jemput baca artikel sebelum ini Mencari Bisnes Yang Sesuai

Namun jika anda memang berminat nak dapatkan produk Shaklee secara langsung mendaftar keahlian, meh klik LINK EXPRESS ini  

Saya juga berbesar hati nak bantu anda menjana pendapatan dari rumah bersama Shaklee.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *