Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Ilmu baru

Kami baru pulang dari perjumpaan Shaklee di hotel Pacific Oriental di Miri. Hos adalah dari seorang yang saya kenali 8 tahun dahulu dan kini dah bergelar Datuk Dr Abdullah atau lebih senang dikenali dengan Master Che Lah. beliau merupakan seorang bekas guru yang bersara awal dan menumpukan sepenuh masanya memberi motivasi terutama dengan pemakanan cerdas minda.
Beliau menerangkan untuk mencapai kejayaan ada 11 halangan yang perlu dilalui oleh seseorang pelajar…antara yang saya ingat ialah, keletihan, gugup@gementar, emosi yang sering terganggu, konsentrasi yang terganggu dan beberapa lagi. Beliau juga menunjukkan beberapa slide dari petikan surat khabar seperti kenyataan yang dibuat oleh saudara Awang Had Salleh tentang mengapa pelajar Melayu sering merosot dalam pelajaran. Jawapannya adalah kerana pemakanan yang tidak seimbang. Master Che Lah menceritakan sudah menjadi kelaziman pelajar di asrama mahupun di Universiti bergantung dengan makanan segera yang popular iaitu mee maggi. Master Che Lah meminta kami yang hadir pulang dengan membuat eksperimen dengan mengambil kuah maggi dituangkan ke atas rumput dan kesannya ialah rumput tersebut akan mati. Beliau juga mengkaitkan dengan kesan makanan segera kepada neuron otak manusia di mana sekiranya makanan segera ini diambil dengan kuantiti yang banyak(kerap dalam seminggu) sudah pasti ia merosakkan sel secara langsung boleh mengakibatkan penyakit-penyakit kronik. Nauzubillah, minta dijauhkan Allah.
Beliau menekankan agar anak-anak kita dibekalkan dengan zat asas agar mindanya lebih bagus. Antara yang penting untuk perkembangan minda anak ialah ESP, B complex, vitalea, vitamin C dan juga Lecitin. Beliau juga menambah sekiranya kita mempunyai lebih kemampuan adalah digalakkan kita memberi anak kita makan omega 3. Alhamdulillah saya dah memperkenalkan semua produk ini kepada anak-anak saya sejak mereka di dalam perut lagi. Hmmm… saya berdoa agar mereka tergolong dalam golongan yang berjaya di dunia mahupun akhirat.
Sebelum saya terlupa, antara ilmu baru yang saya dapat malam ini ialah, satu sudu besar ESP Shaklee adalah bersamaan dengan satu jug air soya biasa yang dibeli di kedai. Bayangkanlah sekiranya seseorang itu minum 2 sudu sehari bermakna individu itu telah minum 2 jug sehari. Master Che Lah juga menutup cerita beliau dengan pemakanan orang Jepun di mana mereka mengambil segelas air soya setiap pagi sebagai minuman kesihatan beranding kita orang Malaysia yang bangga dengan minuman milo….huhuhu ( yang pasti tinggi dengan kandungan gula). Sebab itu orang Jepun sekarang lebih tinggi berbanding dengan sebelum ini.
Bagi yang berkemampuan, bukalah minda untuk terus berfikir. Ada mata kita lihat, ada telinga kita mendengar dan dengan akal kita berfikir.

Read more www.anakkuwiraku.com

3 thoughts on “Ilmu baru

  1. woww, 1 tablespoon ESP = 1 jug soya? so, kalau kiter dah minum 3 tblspoon ESP everyday, takpe ker kalau kiter still minum air soya? tak excess ker nnt?

    anyway, just nak share… setahu saya, japanese tak minum soya pagi2, tp minum ocha (green tea).. but, diorang makan natto (sticky soy bean) dgn nasi putih as breakfast… natto nie very sticky (mcm kacang dah basi rupe dier) & ader smell sket & saya pon tak tertelan… also, diorang makan tauhu dgn shoyu (kicap masin) – haa yg nie sedap… kat saner susah nak jumpa air soya, dan kalau ader pon sgt tak sedap sbb tak manis langsung… kalau kiter tmbh gula pon still tak sesedap air soya kat Malaysia… anyway, mmg well-known ocha & natto nie yg menyebabkan japanese sihat & mempunyai kulit yg cantek 😉

  2. Tak de masalah. Kita digalakkan mengambil protien untuk kulit dan asas kepada segala sel dalam tubuh. Pasal soya tu mungkin Che Lah maksudkan apa yang arnie ckp tu la.

  3. setau sayer..jpn skang ni tinggi sebab derang dh byk mkn daging n minum susu lembu berbanding zaman tok nenek depa yg mkn sayur, ikan dan produk kekacang(mcm mummy harith ckp)..mmg tgk budak sekolah menengah derang renjong2 macam galah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *