Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Hajat di hati…

Hajat dihati sangatlah besar…ataupun mungkin satu impian… nak buka kedai online Addin&Nasa. Adakah ianya mustahil bagi ibu yang dah cukup sibuk mengejar Nasa yang dah pandai berjalan? Hmmm…

Berangannya begini, nak buka kedai online Addin&Nasa yang menjual produk Shaklee dengan harga ahli dan memberi servis delivery yang terbaik kepada pelanggan.Mempunyai rekod pelanggan dan memberi consultation percuma untuk semua masalah kesihatan yang ibu belajar sebelum ini. Namun dari sehari ke sehari ianya belum terlaksana memandangkan masa yang sangat cepat berlalu.

Semenjak Nasa dah pandai berjalan, seluruh rumah di tawafnya mengejar atau dikejar bersama abangnya, Addin. Jatuh dan lebam tak usah dicerita, sudah menjadi makanan hariannya. Namun alhamdulillah bersyukur pada Allah Nasa berjalan lebih awal dari umur abangnya mula berjalan. Jika dahulu Addin pandai berjalan tika umurnya sudah mencecah 18 bulan manakala Nasa seawal umurnya 15 bulan. Addin berjalan lewat kerana kelebihannya mengesot manakala Nasa kerana lebih selesa merangkak berbanding usahanya berjalan. Namun kini kedua-duanya dah berjalan maka ibulah yang perlu banyak masa untuk mengejar kalian.

Maka kini ibu tercari-cari masa nak menulis blog…. apatah lagi nak buka kedai online untuk kalian. Hmmm doakan usaha ibu berjaya sayang. Mudah2an rezeki kalian diberkati. Amin.

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Hajat di hati…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *