Family institution

Julai 3, kami sekeluarga masih berada di Miri memandangkan projek suami saya masih belum selesai. Walaupun pada dasarnya selesai sahaja projek ini kami akan balik ke tempat asal kami namun jauh di sudut hati saya dan suami, kami sama-sama rasa berat hati untuk meninggalkan bumi borneo ini.

Miri adalah tempat pertama kami menetap setelah bergelar suami isteri. Anak-anak juga dilahirkan di Miri. First posting saya juga di Miri di SKM yang terletak tak sampai 5 km dari rumah kami. Tempat kerja suami saya juga sangat dekat dengan rumah, dengan anggaran masa 5-10minit.

Walaupun sekolah Addin terletak sedikit jauh dengan tempat kerja kami iaitu dalam anggaran 15-20 minit tetapi kerana budaya hidup dan kerja yang aman di Miri membuat kami begitu selesa. Kebiasaannya abah akan hantar dan pick up Addin from school and later kami akan berjumpa di mana-mana restoran atau kedai makan berdekatan untuk lunch bersama. Selesai lunch saya dan Addin akan terus pulang ke rumah manakala abah akan ke pejabat semula.

Jika hari tersebut tiada aktiviti di sekolah, kami akan menunggu abah pulang dari kerja lebih kurang jam 5 untuk membawa Addin ke kelab rekreasi petroleum di Lutong. Kami akan menghabiskan masa petang kami bersama sambil minum petang di sana. Malam pula kami akan sama-sama melipat baju, mengemas rumah dan membuat sedikit persediaan untuk hari esok.

Saya pasti apabila pulang ke Kuala Lumpur nanti….kehidupan pasti berbeza. Awal pagi suami akan keluar bekerja dan pulangnya pula sewaktu matahari di ufuk senja. Hidup di bandar metropolitan, orang berlumba-lumba untuk memenuhi impian hingga terlupa pentingnya institusi kekeluargaan.

Read more www.anakkuwiraku.com

3 thoughts on “Family institution

  1. norita

    sometimes, bukannya sengaja diabaikan institusi kekeluargaan tu…tp tuntutan mencari nafkah di kl ditambah dgn kesesakan jlnraya tiap kali pergi/balik kerja tak dapat dielakkan…klu ditny, sape la yg nk tempuh semua tuh..tp demi hidup anak dan isteri,ditempuhi jua…anyway, welcome back to kl 🙂

  2. mmg n… kita pun rindu sangat nak pulang semula kesana..labuan or miri sama ajer,.. lunch hubby sempat balik makan kat umah .. jarak umah n tempat kerja or sekolah semua dekat.. tak der traffic jem… masa lebih banyak with family… huhuhuhuhuu….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *