Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Cash Rebate : Dapat Makan Vitamin Percuma

Cash Rebate : Dapat Makan Vitamin Percuma

Cash Rebate ni boleh la kita panggil sebagai untung atau komisen yang diberikan pada kita bila kita usahakan sesuatu.

Menjual baju pasukan rumah boleh untung RM2 sehelai. So kalau satu pasukan ada 100 orang, dapatlah RM200 untung atau komisen.

Dah minat berjual, saya cuba cari peluang yang ada.

Paling banyak dulu adalah amik upah photostat buku. 1 muka cuma 1 sen aje tapi buku pulak lebih 500 muka surat maka dapatlah RM5 sebuah. Kalau dapat salinan untuk 10 orang dapatlah merasa RM50.

Namun ia bukan lah bisnes yang sentiasa ada demand. Ia tak berterusan.Kena rajin cari peluang dan jujurnya bila kita sibuk untuk buat ulangkaji terutama bila masa nak exam besar dah dekat, takde masa nak cari peluang-peluang ni.

Hidup saya mula berubah bila saya join Shaklee. Mana-mana pendapatan saya buat bisnes kecil-kecilan itu saya simpan buat beli produk Shaklee. Sekurang-kurangnya Lecitin dan B complex. Kalau ada rezeki lebih baru la saya beli Protien Shaklee , sekarang dipanggil ESP terutama bila dapat Cash Rebate dari Shaklee.

Saya memang minat dunia jualan ni. Sebab arwah abah memang meniaga. Banyak juga yang abah buat untuk besarkan kami adik beradik.

Abah memula ada kedai kereta terpakai, lepas tu abah ada bengkel kereta , abah juga buka kedai makan [ masa ni mak jadi tukang masak] dan last sekali abah buka kedai jual ayam hidup.

Masa abah buka kedai jual ayam hidup, saya mula belajar nak potong ayam. Selepas abah sembelih saya akan bantu mak kerat ayam tu kepada 4, 8 atau 16 balik pada apa yang pelanggan minta.

Buat bisnes Shaklee saya rasa sesuatu yang berbeza.

Pertama kesihatan saya semakin baik. Masalah kulit juga mula berkurang, baik jerawat atau kudis di kaki mula beransur kurang. Menarik sekali adalah Cash Rebate yang Shaklee tawarkan telah menjentik hati saya.

Saya niat nak share dengan kawan yang ada masalah yang sama seperti saya.

Bisnes konvensional ni perlu banyak yang nak difikirkan.

Gaji pekerja, sewa kedai, bil elektrik air semua tu kos overhead yang perlu untuk bisnes konvensional ni.

Bestnya tentang bisnes Shaklee ni, bila kita keep sharing dan bila kita capai mata ganjaran yang ditetapkan kita akan layak la dapat Cash Rebate atau dipanggil bonus.

Mula-mula saya merasa bonus Shaklee dalam bentuk cek. Ya Allah masa tu happy dan bangga gila.

Masih ingat lagi masa tu adalah pamplet Shaklee saya terselit dalam buku tutorial saya. Kebetulan nota tu ditemui oleh pensyarah saya yang bernama Cik Zulaikha kalau tak silap. Uniknya, pensyarah saya kebetulan nak beli Shaklee untuk mak beliau.

Allahu akhbar. Rezeki betul kerana ia menjadikan bisnes Shaklee saya mula berkembang.

Cash Rebate

Kita ada ramai sedara dan kawan dalam kehidupan ini. Orang sekeliling kita sebenarnya ada ramai yang memerlukan atau mencari vitamin untuk improve kan kesihatan. Mengapa kita tak share kan benda baik yang kita dah nikmati?

Bayangkan tengah bulan kita dapat Cash Rebat sehingga 4 angka dari Shaklee? Tidak ke ia melegakan, menyeronokkan kita dapat tambahan pendapatan untuk meneruskan kehidupan?

Walaupun hanya RM200 la, tidak ke ia sangat membantu?

Cash rebate ni pula Shaklee bayar kepada kita secara terus bukan melalui upline. Jadi kita boleh guna untuk beli vitamin Shaklee semula. Tidak ke secara tidak langsung kita berpeluang untuk makan vitamin percuma?

Inilah yang saya alami selama 26 tahun bersama Shaklee. Malah bukan itu sahaja, saya dan suami berpeluang bercuti bersama keluarga dengan Cash Rebate yang kami perolehi dengan Shaklee.

Ada yang memanggilnya bonus namun Cash Rebate ini Shaklee berikan sebagai tanda penghargaan kepada pengedar kerana membantu berkongsi kebaikan Shaklee.

Saya juga berpeluang mengajak adik beradik saya jadikan ia cara untuk dapatkan pendapatan tambahan.

Adik saya Ein Wellness juga menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan sambil menguruskan rumahtangga beliau.

Jemput baca artikel sebelum ini :

Shaklee Log In untuk Cek Bonus Shaklee

 

Jika anda berminat nak sertai Shaklee dan nak mencuba bisnes ni boleh la
DAFTAR EXPRESS SHAKLEE di sini

Nak tanya tentang bisnes Shaklee? Meh wasap saya untuk kita sembang lebih rancak tentang bisnes Shaklee yang kita boleh buat secara sambil-sambilan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *