Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Bolehkah saya berjaya dalam bisnes Shaklee?

Uniknya bisnes Shaklee online ialah anda boleh berbisnes di mana-mana, 24 jam sehari malah 7 hari seminggu asalkan punya internet!

Shaklee Anakkuwiraku

Alhamdulillah kami masih di Jakarta di saat ini. Terima kasih kepada team2 Euphoria yang turut serta dalam trip bisnes kami kali ini. Terima kasih juga buat Master Mr Yeap dengan mengalu-alukan kedatangan kami serta memberi peluang kami belajar menguruskan bisnes di Indonesia.

Shaklee Indonesia online

 InsyaALLAH kami turut doakan agar semua downline mempunyai rezeki yang hebat di mana2 sahaja anda berada.

Di kala ini masih teringat soalan dari beberapa orang kepada saya mengenai bisnes Shaklee online ini.
Antara soalan cepu emas tersebut ialah? “Bolehkah saya berjaya dalam bisnes ini?”

Saya menjawab dengan mudah.

” Semuanya balik kepada diri kamu. Kamu yang menentukan dan mencorakkan masa depan kamu. Guru hanya sebagai pembimbing. Kejayaan hanya 10% datang dari guru namun 90% adalah atas usaha sendiri. Namun dalam 90% terdapat keberkatan dari ilmu yang guru sampaikan.”

Rata-rata bingung mencari jawapan dan kebanyakan mengharapkan 90% dari guru dan 10% dari usaha sendiri. Oleh kerana inilah ramai yang terjerumus dalam bisnes atau skim cepat kaya.

Dalam Shaklee, segalanya diberikan panduan. Malah kini syarikat Shaklee turut menyediakan kelas yang dipanggil NDT iaitu New Distributor Training yang akan bermula di Kuala Lumpur dan Penang.
Namun walau banyak kursus yang dianjurkan tetapi jika diri sendiri masih berdiam diri berpeluk tubuh, kejayaan takkan datang.

Banyak berlaku mereka yang gagal menyalahkan orang lain. Ini kerana sibuk mencari alasan menutupi kesalahan diri yang tidak mahu berusaha. Jika benarlah kejayaan seorang upline itu penentu kejayaan anak didiknya, maka hakikatnya hidup kita sudah pasti dikongkong sepenuhnya oleh upline tadi.

Pernah dengar lirik ini…

” iman tak dapat diwarisi… 
dari seorang ayah yang bertaqwa… 
ia tak dapat dijual-beli… 
ia tiada di tepian pantai… “

Hakikatnya samalah dengan kejayaan, anak seorang doktor belum ada jaminan bahawa anaknya akan menjadi doktor.

Kejayaan itu perlu dipupuk dan digerakkan ke arah itu. Bukan hanya berpeluk tubuh mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Tips untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi :

1. Dekati mentor anda. Kejayaan mentor itu membuktikan usahanya membuahkan kejayaan. Maka tiru apa jua usaha yang mentor lakukan ke arah menempa kejayaan selagi ia tidak menyalahi etika disamping menekankan keberkatan.

2. Perbaiki hubungan dengan ALLAH kerana kejayaan itu datangnya dengan izin ALLAH.

3. Mendalami ilmu yang berkaitan dengan bidang yang diusahakan. Jika dalam Shaklee, maka banyakkan membaca buku tentang produk dan banyakkan membaca dari pelbagai sumber.

4. Pastikan anda sentiasa bertenaga. Elakkan melakukan kerja dalam mood yang letih atau emosi yang tidak stabil ini kerana ia boleh mengganggu tenaga yang berterusan dari dalam diri.

5. Banyakkan membaca buku motivasi untuk memperbaiki taraf motivasi diri. Hakikatnya motivasi dalaman yang kuat membantu kita menjurus ke arah kejayaan. Motivasi dari luaran tidak akan kekal lama. Ia hanya pemanas seketika dan motivasi dalaman itulah yang lebih bertahan.

6. Tetapkan destini kejayaan anda. Pastikan ia bukan destini kejayaan mentor anda. Ini kerana adakala desakan mentor yang melampaui had akan menyebabkan kita melanggar etika-etika dan norma kehidupan. Umpama anda memecut memandu kereta sehingga sanggup melanggar lampu isyarat hanya kerana untuk pastikan anda sampai dengan cepat, walhal jika anda pandu dengan berhemat nescaya banyak nyawa dapat diselamatkan malah keberkatan pasti datang mengiringi.

7. Doa, doa dan doa. Jangan sesekali putus dalam berdoa. Yakinlah doa itu dimakbulkan kerana sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang. Atas niat yang baik untuk perbaiki kehidupan, insyaALLAH nescaya ALLAH membukakan jalan yang hebat dan lebih luas.

8. Praktikan ilmu dan iringi usaha dengan mendapatkan keberkatan. Walau keberkatan itu tidak dapat dilihat dengan mata namun kita pasti boleh menilai melalui mata hati. Maka usahalah hidupkan hati dengan kalimat ALLAH supaya kita tidak sesekali buta hati dalam mengejar kejayaan.

Saya doakan kalian berjaya dalam usaha kalian dalam apa juga yang diusahakan.

Semoga amalan2 kita ini dipandang dan diterima di sisi ALLAH. Sesungguhnya kehidupan ukhrawi yang kekal abadi.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Penghantaran Shaklee Miri, Sarawak, Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *