Balik kepada niat : keperluan atau kehendak?
Namun setiap orang mempunyai pandangan yang perlu dihormati. Secara peribadi saya menjadikan keperluan pengambilan vitamin itu adalah sebagai kos penyelenggaraan. Sebagaimana kereta. Sebuah kereta yang dijaga elok, diservis tepat pada masanya…insyaALLAH elok dan bertahan lama.
Bayangkan jika kita punya sebuah kereta yang pada awalnya tidak dijaga dengan baik maka dalam jangka masa yang panjang kita akan memerlukan kos untuk menanggung segala kerosakan yang berlaku secara perlahan-lahan.
Namun tidak dinafikan faktor duit juga memainkan peranan yang penting dalam hal ini. So ia balik pada cara pemikiran kita semula. Adakah servis kereta itu satu keperluan atau kehendak? Hanya tuan punya kereta yang ada jawapan.
Sama juga dengan vitamin. Setiap orang mempunyai sudut pandang yang berbeza. Tiada yang betul dan tiada yang salah kerana setiap orang mempunyai cerita dan pengetahuan yang berbeza.
Namun dengan perbezaan pendapat inilah kita belajar tentang cerita orang lain, pendapat orang lain….
Memang betul, ada penyataan bukan semua perlu vitamin. Orang sihat tak perlu vitamin. Kenyataan ini mungkin benar kepada mereka yang banyak kekangan terutama kekangan kewangan.
Rata-rata mereka yang amal vitamin adalah orang yang kurang sihat, yang pernah jatuh sakit, yang ada duit dan yang benar-benar perlukan.
Bagi saya pula, pengambilan vitamin membantu saya mendapatkan kesihatan yang baik. Memang beza bila saya lupa makan vitamin. Ibarat dah biasa tidur atas tilam empuk, tapi bila disuruh tidur atas lantai pastilah terasa sakit2 badannya. Ditambah dengan faktor usia. Bila dah lebih 30 an…maka keanjalan tubuh mudah hilang. Maka pengambilan vitamin sangat membantu untuk kekal bertenaga dan sihat.
Ia balik kepada cara kita berfikir… adakah ia satu keperluan atau hanya satu kehendak? Keperluan diri hanya kita sahaja yang tahu. Namun kehendak ia boleh jadi bersifat sementara terutama apabila pengambilan vitamin dijadikan trend ikutan zaman.
Pada saya ia satu keperluan…oleh kerana itu saya bertahan selama 14 tahun. Duit? Ianya satu pelaburan. Balik kepada cara kita berfikir. Jika ia satu kehendak, kemungkinan besar ia akan menjadi satu pembaziran dan balik pada niat dan apa yang kita fikirkan.
Salam sayang dari Ibu Addinnasa