Apa yang seorang ibu mesti ada, bila ada anak ?

Ini antara keperluan ibu di rumah dan ada yang ibu memang simpan dalam handbag bagi kemudahan ibu untuk bergerak ke sana sini jika ada kecemasan.

Handy plast
Ibu simpan dalam handbag dan bawa ke mana2…senang, jika ada kecemasan, ianya dah ada dalam handbag ibu.

Cool fever…penting jika anak demam.

Gel Abruzzy…jika dahulu ibu guna konvensional . Apabila Addin atau Nasa jatuh ibu akan susah payah gosok dengan isi buah pala yang kering. Tapi sekarang ibu hanya guna gel ini untuk hilangkan lebam dengan cara mudah. Gel ini ibu bawa ke mana-mana agar senang jika ada kecemasan ianya ada dalam handbag ibu.

  
Inilah minuman isotonik tanpa gas yang WAJIB ada dalam rumah ibu. Ianya sangat bagus terutama jika hari panas, anak demam ataupun  cirit birit. Ibu mewajibkan diri ibu mempunyai stok lebih dirumah…ibu simpan performance drink yang telah dibuka di dalam fridge.
  
Ini tentulah apabila anak2 tak keruan kerana gigitan nyamuk, ibu akan menyapukan sedikit di tempat berbintat itu.Ini juga ibu pastikan ada di dalam handbag ibu.
  
Minyak…tak kiralah apa brand, ianya penying untuk disapukan kepada anak2 yang sedang membesar. Untuk apa ya? Anak2 ibu mandi 3 kali sehari… maka untuk mereka tidak mudah diserang sejuk atau demam…selepas mandi ibu akan sapukan minyak di tempat2 utama iaitu: ubun2, belakang telinga, dada, belakang dada, perut, betis dan tapak kaki.
 

Probiotik ..perlu ada. Ianya membantu agar anak2 tidak mudah sakit. Ibu paling suka probiotik PROLACTOR…susah nak dapat. Dr. Cheah di Miri sahaja yang ada jualnya. Ibu simpan untuk emergency jika anak2 ibu cirit birit, ini sangat membantu meredakannya.

Jika tengok dalam handbag ibu… macam bag doraemon, macam2 ada! Bagaimana dengan kalian? Sharelah jika ada yang perlu ditambah, ilmu itu bertambah berkat apabila dikongsi kan?

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Apa yang seorang ibu mesti ada, bila ada anak ?

  1. tersenyum sendiri saya bila tengok mcm2 ada dlm beg ibuaddinasa nih..
    dlm beg saya lak selalu ada minyak cap kapak (sbb sy selalu mabuk bila berjalan jauh), hand sanitiser, pampers, kain lampin, dan botol air anak hihihi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *