Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Amalan Gaya Hidup Sihat

Kita sering terbaca atau mendengar kepentingan gaya hidup sihat di kaca televisyen, majalah atau di radio.

Ada yang berkata amalan gaya hidup sihat bermula dengan pemakanan sihat.

Ada juga menyentuh soal senaman dan aktiviti fizikal. Tidak kurang juga menyarankan kita mengelakkan diri daripada tabiat dan pemakanan yang kurang sihat.

Amalan Gaya Hidup Sihat

 

Untuk memulakan amalan gaya hidup sihat,

kita perlu melihat kepada pelbagai aspek seperti penjagaan makanan,

kesihatan mental dan aktiviti fizikal. Ramai yang cakna mengenai ini tetapi malas untuk mulakannya.

Jaga makan, amalkan konsep ‘Suku Suku Separuh’.

You are what you eat. Kawal kuantiti makanan yang diambil setiap hari. Gunakan pinggan berukuran

kira-kira 10 inci yang dibahagikan kepada tiga bahagian dengan konsep ‘suku-suku separuh’. Maksudnya

suku pertama diisi dengan sumber karbohidrat seperti nasi, mi, roti dan bijirin di mana kumpulan

makanan ini merupakan sumber tenaga utama kepada tubuh kita.

Suku kedua pula diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging, telur dan kekacang yang

diperlukan untuk tumbesaran, perkembangan dan memperbaiki tubuh.

 

Separuh lagi diisi dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan sumber serat, vitamin dan
mineral penting untutk membantu pelbagai fungsi penting tubuh. Manakala pengambilan air yang
disarankan ialah enam hingga lapan gelas sehari.
Bagaimanapun, sekiranya seseorang itu sangat aktif dan banyak berpeluh, mereka perlu mengambil dua
gelas air tambahan bagi mengelakkan dehidrasi.
Kawal berat badan
Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan pula, mulakan dengan memotong atau berhenti terus
meminum air manis. Banyakkan minum air kosong dan jika teringin sesuatu yang manis boleh makan
buah atau makanan sihat yang lain.

Perlu ingat, berat badan ideal atau normal bermakna kesihatan anda lebih baik.

Sebaliknya, berat badan berlebihan membawan kepada banyak risiko masalah kesihatan, Selain kawal

pengambilan minuman manis, bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Harus tahu, pemakanan dan aktiviti fizikal adalah kunci untuk kawal berat badan.
Jaga emosi, jangan marah-marah
Rasulullah SAW menasihati ‘jangan marah’ diulangi sehingga tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan
dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah. Bila
berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Untuk umah Islam, amalkan bacaan Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil
wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan kemarahan.
Jangan malas jalan kaki
Berjalan kaki bukan semata untuk kurus tetapi sihat!
Kebanyakan daripada kita bekerja memerlukan duduk di depan komputer dan tidak memerlukan
pergerakan fizikal yang banyak. Senaman sama seperti makan, selagi kita makan selagi itu kita perlu
bersenam (bergerak).
Sebelum mulakan aktiviti senaman berkala, cuba dahulu untuk menjadi lebih aktif dengan cadangan di
bawah.
1) Jalan kaki untuk perjalanan yang dekat (bawah 1km)
2) Gunakan tangga berbanding lif.
3) Letak kereta jauh daripada pejabat.
4) Regangkan badan selama 10 minit setiap sejam.
5) Rajinkan buat kerja rumah.
Apa kata cari aktiviti yang memerlukan anda bergerak seperti menari, bersukan badminton atau futsal
atau lompat tali. Lakukan minima 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi.
Senaman bukan sahaja membantu mengurangkan berat badan dan mencegah penyakit, ia juga mampu
meningkatkan tenaga dan menjadikan anda lebih gembira dengan penghasilan hormon dopamin,
adrenalin dan endorfin.
Apabila badan dalam keadaan sihat, fizikal dan minda juga berfungsi lebih baik. Selain itu, keadaan fizikal
yang sihat tentunya akan menambah keyakinan diri.
Bersosial juga merupakan gaya hidup sihat yang membantu menjadikan kehidupan lebih sempurna dan
bermakna.

Benar ajal di tangan Tuhan. Tetapi Tuhan juga memerintahkan agar kita hidup dalam keadaan yang sihat.

Jika badan sihat dan tiada penyakit kronik, dari sudut sains jangka hayat akan meningkat.

Artikel lain yang menarik :

Tips Dr Hamid Arshat- untuk bahagia dan berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *