Al Quran mendidik jiwa

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.

Mencari pendapatan dari rumah

Alhamdulillah dah nak hampir 1/2 tahun tanpa kita sedari dan biz Shaklee masih menjadi trend pilihan ibu / surirumah malah untuk wanita bekerjaya menjadikannya side income yang stabil.

Bagi yang dah lama tahniah saya ucapkan kerana anda masih berada dalam biz ini sehingga hari ini. Saya doakan kalian terus sukses dalam Shaklee.

Bagi anak didik yang baru mengenali alam biz, saya harapkan kalian terus gigih dan tidak sesekali berputus asa. Jemputlah rezeki dengan amalan2 rohani. Berzikir, solat sunat dan mengaji. Dekatkan diri dengan ALLAH selalu.

Ada banyak manfaat apabila kita dekati ALLAH. Bukan sahaja rezeki dipermudahkan, diluaskan selain merasai kenikmatan rahmatNya, tetapi amalan kerohanian termasuk mengaji surah2 utama seperti Yassin dan Al Waqiah selain surah2 dalam Al Quran akan mendidik hati dan jiwa untuk lebih tawaduq.

Kata tok guru saya, mereka yang berniaga dan dipenuhi dengan zikrullah dan ayat2 Al Quran dalam hidupnya akan benar2 menjaga hak Allah dan hak manusia lain. Pasti datang rasa takut menguasai diri untuk merosakkan harga pasaran, mencuri pelanggan orang lain, menjatuhkan harga sewenang2nya kerana ini akan buat ALLAH murka. Apabila ALLAH murka, segala nikmat akan hilang malah boleh lenyap sekelip mata.

Maka buat kalian yang baru mahupun lama, silalah saling mengingatkan sesama kita malah terutama anak2 dan cucu biz agar berniagalah dengan jujur. InsyaALLAH dengan niat yang ikhlas , pangkat dan nama ALLAH beri tanpa perlu kita menjadi tertekan hanya untuk mengejarnya.

Ramai peniaga2 terdahulu yang sibuk mengejar pangkat dan duit yang banyak tanpa mengambil kira urusan keberkatan dan akhirnya segala yang diusahakan musnah dan paling menyedihkan melibatkan keluarga iaitu anak dan suami/ isteri dan ujian ALLAH amat berat.

Maka semoga kita semua mengambil iktibar. Sebelum lakukan sesuatu atas niat duniawi, mohonlah semoga ALLAH menjaga kita dan membantu kita agar apa jua yang kita lakukan adalah dengan gerak ALLAH dan petunjukNya. InsyaALLAH selamat dunia dan akhirat.

Dunia ini bersifat sementara, apa yang ada takkan kekal kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR. Dari ALLAH kita datang kepada ALLAH kita kembali.

Wassalam.

Salam sayang dari N @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *