Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Akan ku titipkan doa ini dalam setiap waktu bersamaNYA.

 “Bismillah hirrahman nirrahim. Ya Allah , Kau ampunkanlah dosa-dosa ibu yang menyusukan anaknya. Permudahkanlah perjalanan penyusuan mereka sebagaimana Kau permudahkan urusan penyusuanku dahulu. Kuatkan semangat mereka dan jangan Kau biarkan mereka dalam kesedihan. Gembirakanlah mereka dengan rahmatMu dan semoga aku tergolong dalam mereka yang didoakan. Ameen.”

Alhamdulillah sehingga hari ini, ibu tak pernah lupa mengirimkan doa buat ibu-ibu yang menyusukan anak mereka dengan susuibu. Satu kepuasan bila ibu berjaya menyusukan Addin dan Nasa dengan berpandukan buku dan sokongan suami. Alhamdulillah. Cabaran? Memang ada namun ibu lalui dengan kemahuan untuk berjaya…maka ibu teruskan. Dulu mana ada support group macam sekarang….hanya bergantung pada kekuatan diri semata-mata.

Namun ibu tak pernah memandang sepi ibu2 yang tidak menyusukan anak mereka. Pada ibu taufik hidayah ini hak ALLAH jua. Semoga dengan kelahiran akan datang ibu2 ini akan terbuka hati dan kemahuan untuk menyusukan anaknya sehingga lengkap misi 2 tahun.
Sama macam pengambilan vitamin, bukan semua orang terbuka hati nak makan vitamin. Namun pada ibu, ianya memang berlaku atas taufik hidayah ALLAH jua. So dalam dunia kita akan jumpa macam-macam manusia supaya kita belajar untuk menjadi lebih baik.

3 bulan dulu ada sorang emak yang ber ym dan bertanya, mengapa dia dah cuba pam dengan konsisten tetapi susu yang keluar masih beberapa titik….so ibu cuba mampu menjawab, may be si emak ini kurang minum air dan badannya belum benar2 bertenaga. Maka si emak ini ingin mencuba set B dan mengharapkan susu menjadi banyak dengan serta merta. Selepas seminggu makan, susunya ada peningkatan. Dari beberapa titik menjadi 1 oz. Dia masih merungut ….dan ibu pesan supaya bersabar. Kita perlu sabar dalam mengharapkan rezeki dan rahmat ALLAH. Siapa kita nak memaksa ALLAH memberi rezeki dengan banyak walhal hubungan kita dengan ALLAH adalah setakat ala kadar? Ibu cuba dengan tenang menyarankan si emak tadi cuba membanyakkan mengaji mencari ketenangan jiwa… cuba berzikir setiap kali masa mengepam. Masuk minggu kedua, susunya mula menampakkan peningkatan kepada 2-3oz. Si emak ini mula tersenyum dan nada di telefon juga menjadi lebih gembira.

Memang kita usaha namun adakala kita lupa dalam menjaga hubungan dengan pencipta juga perlu usaha. Usaha mendekatkan diri kepadaNYA.
Ingat zaman mengajar dulu bila seorang ustazah mengatakan ALLAH sangat sayang pada hambaNYA yang cuba memperbaiki hubungan denganNYA. Bila ALLAH sayang insyaALLAH jalan usaha ke arah kejayaan pun dipermudahkan.

Allah beri ujian sedikit supaya kita balik padaNYA agar kita tidak jauh menyimpang dariNYA.

Bila susu down, sebenarnya sebagai tanda….oh kita dah mula mengabaikan hubungan dengan pencipta. Benarlah kata orang, ujian itu satu teguran dari ALLAH.

Bagi ibu selama 10-11 tahun dalam dunia supplement, matlamat ibu untuk orang amalkan supplement ialah agar dapat jaga kesihatan dan agar dapat melakukan ibadat dengan lebih baik. Ibu mulakan perkongsian Shaklee pada awal penglibatan ibu selain dari kawan2 kolej , ibu dikenalkan dengan pesakit kanser otak, mereka yang lumpuh akibat kemalangan dan banyak lagi. Rata-rata yang mempunyai masalah kesihatan dan tidak mampu untuk melaksanakan ibadat dengan baik. Syukur selepas itu mereka menampakkan hasil dan paling seronok bila ada makcik2 yang beli vitamin dari ibu mengucapkan “Terima kasih ye nak kenalkan Shaklee, alhamdulillah sekarang kalau solat dah tak sakit lutut” dan teringat kata seorang ni “Mudah2an kaki pakcik yang berlubang ni baik maka pakcik boleh buat umrah dengan lebih sempurna.” Memang syukur kaki arwah pakcik Hashim yang berlubang kat tapak kaki akibat diabetic jadi tertutup baik dan beliau dapat menunaikan umrah dengan tenang.

Seronok bila lihat orang lain sihat dan dapat terus beramal pada ALLAH dengan lebih baik.

Semoga ibu2 yang menyusu,ambil la peluang sebaik mungkin menikmati rahmat ALLAH paling besar dengan setiap titik susu yang ALLAH izinkan ia terus mengalir keluar dari tubuh si ibu…..dengan mengucapkan syukur setiap saat serta banyakkan memujiNYA disamping menjaga amalan2 yang mampu membantu mendekatkan kita denganNYA.

Wassalam.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *