Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Ajaibnya rezeki bila selit nama mak.

Hari tu mak tiba di Miri sebelah petang…seperti biasa, mak berehat dulu melepaskan penat travel dari Muar ke KL hampir 2 jam, naik flight pula dari KUL ke Miri lagi 2 jam.
Lewat petang tiba-tiba blackout. Masa tu dapat tahu blackout seluruh Miri. Dalam kepala saya, nak ajak mak naik flight ke mana-mana aje dan bermalam sahaja di hotel destinasi yang boleh kami pergi.
Saya cuba menelefon airport Miri untuk bertanyakan hal penerbangan. Tapi hampa. Semua penerbangan ditunda kerana seluruh Sarawak tiada elektrik! Ok masa tu saya dah start panik. Sebab saya plan malam mak sampai nak bawak dinner di Hotel Marriot atau Dinasty. Kalau blackout, sure la tak dapat nak makan kat hotel.
Petang tu saya ajak suami bawak mak pusing bandar Miri. Saya minta suami bawak ke McDonald Miri sebab ada drive thru, untung-untung boleh belikan mak bubur. Sekali lagi saya hampa sebab gelap. Operasi perniagaan terpaksa ditutup seketika.
Dalam hati saya masa tu berdoa bersungguh-sungguh…
Ya Allah, mak aku pasti lapar. Tolong la aku Ya Allah, aku nak belikan mak makanan supaya mak tak lapar.
Saya tahu mustahil ada kedai yang buka sebab dah tahu satu bandar Miri blackout pada hari tu. Namun saya terus berdoa untuk mak. Saya sedih kalau mak lapar. Ditambah mak ada diabetis. Saya taknak biarkan mak tak makan malam tu.
Dengan kuasa Allah, selepas u turn dari MCDonald, tak semena-mena kami nampak ada satu kedai ni ada elektrik. Eh pelik sebab tak de customer langsung. Orang lain semua bergelap tapi hanya kedai ni sahaja seolah-olah tiada masalah elektrik. Saya turun bertanya, boleh kah kami order dan makan di kedai? Tuan punya kedai menjawab dengan senyuman…silakan cik.
Ya Allah, leganya rasa hati sebab dapat makan malam dengan tenang. Masih saya ingat arwah mak order mee hailam pada malam tu. Mak makan dengan tenang sampailah selesai.
Seusai makan, kebetulan saya nak ke kaunter nak bayar pesanan makanan kami, kelihatan satu pasangan yang baru tiba untuk membuat pesanan.
Sejurus sahaja saya buat bayaran, tiba-tiba kedai makan ini terus gelap. Seolah-olah bekalan elektrik tadi hanya untuk memberi keselesaan mak makan dalam cahaya lampu. MasyaAllah. Sampai sekarang saya tak dapat lupakan kisah ini.
Kami pulang dengan senang hati kerana perut pun telah di isi hingga kenyang. Alhamdulilah. Mak pun tidur dengan nyenyak malam itu. Saya cuma sedar, rumah dah ada elektrik lebih kurang jam 3 pagi.
Untuk pengetahuan semua, sepanjang saya buat Shaklee, saya tak pernah putus minta mak doakan rezeki bisnes Shaklee ini. Sepanjang berdoa saya pasti selit nama mak. Saya sedar, rezeki untuk mak tak pernah terbatas.
Pernah satu ketika mak meluahkan hajat untuk melihat semua anak-anaknya dapat menunaikan umrah. Sebelum ini mak dah pernah pergi dengan adik saya yang kedua sahaja. Manakala yang lain belum ada rezeki untuk ke sana. Jadi saya berdoa, “Ya Allah kurniakan aku rezeki Shaklee yang hebat supaya aku boleh bawak semua adik beradik aku menunaikan umrah sepertimana umrah Shaklee yang bertaraf 5 bintang.”
Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menyangkal…tidak lama selepas itu saya dapat tunaikan hajat mak itu. Alhamdulillah dapat juga kami pergi umrah dengan dengan semua adik beradik.
Itulah kelebihan bila ada mak dan doa untuk mak tak pernah tertolak. Sama ada cepat atau lambat sahaja namun ia tidak menghampakan.
Umrah Keluarga

Ini umrah pertama kali pergi dengan adik beradik. Kebetulan ada 2 leader yang turut serta untuk cukupkan korum.
Umrah Mewah seperti Umrah Shaklee

Ini umrah kali kedua…rezeki kali ni kami dapat singgah sehari di Jordan kebetulan mengggunakan penerbangan Royal Jordanian. Namun masa ni mak tak dapat join sebab mak tak sihat tapi digantikan dengan adik arwah mak.
Pada saya, mak adalah hadiah Allah pada kita. Mak ibarat memegang kunci syurga dunia. Tiada yang mustahil dengan doa mak dan doa untuk mak.
Bagi yang ada mak, layanlah mak seperti raja, kerana rezekimu juga akan dikurniakan seperti raja oleh Raja sekalian alam iaitu Allah swt.

🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 

 #pengedarshakleeterengganu 
#shakleereadystock 
#ShakleeVivixkualaterengganu 
#ShakleeMalaysia
#Berpuasadenganshakleesenangaje
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *