Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

ADENOMYSIS – REAL LIFE EXPERIENCE

ADENOMYSIS – REAL LIFE  EXPERIENCE
      Selama berada dalam dunia kesihatan, saya biasa dengar kes fibroid, cyst , endometriosis dan saya belajar mendalami tentang ketiga-tiga penyakit ini. Namun my own experience bila saya melalui saya benda baru dalam hidup saya bila saya mengalami pendarahan yang banyak semasa menstrual bulanan. Ia berlaku pada tahun 2021 di mana saya terpaksa juga menemui doktor pakar kerana masalah pendarahan yang banyak. Itulah kali pertama saya mendengar nama penyakit Adenomysis. Inilah real life experience saya hadap pada tahun itu.
Saya terpaksa rujuk ke saya ke hospital pakar di Terengganu, Kuala Terengganu Specialist [ now known as KMI Kuala Terengganu Medical Centre].
Adenomysis
Wanita kena peka dengan jadual mentsrual mereka

Appointment dengan Pakar Puan

 Semasa lawatan doktor menyarankan saya scan keadaan rahim saya dan doktor pakar menunjukkan betapa tebalnya keadaan dalam rahim waktu itu. Kemudian doktor pakar menjelaskan yang saya mengalami Adenomysis. Doktor menyarankan saya membuat operation membuang rahim supaya ia tidak berlarutan. Cuma saya minta diberikan tempoh masa untuk saya dapatkan rawatan alternatif. Sementara itu docktor membekalkan saya  ubat untuk hentikan darah dan pil tahan sakit jika berlaku kekejangan otot perut.
Adenomysis
Perbandingan : Keadaan rahim yang sihat dan rahim yang mengalami Adenomysis
Lepas balik tu saya cuba tanya kawan-kawan doktor pakar sakit puan, apa benda sebenarnya Adenomysis ni? Selepas belek dari google dan cuba faham apa yang kawan-kawan doktor saya cuba explain , rupa-rupanya Adenomysis adalah keadaan di mana lapisan dalam rahim yang dikenali sebagai endometrium memecah melalui otot rahim iaitu miometrium.

Kesakitan yang akhirnya terjawab

Baru saya tahu kenapa menstrual saya jadi heavy, pendarahan yang banyak…Apa jadi kalau ada Adenomysis ni? Penyakit ini boleh menyebabkan pesakit mengalami kekejangan bahagian perut semasa haid, tekanan pada perut dan kembung semasa sebelum haid dan menjadikan pendarahan yang banyak. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh jadi makin worst bila ia merebak seluruh rahim atau hanya terletak di satu-satu tempat dalam kawasan peranakkan wanita.
Walaupun ada sesetengah pendapat mengatakan ia tidak la mengancam nyawa tetapi ia boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan darah dan boleh menyebabkan kesan negatif dalam diri pesakit. Saya yang mengalami sendiri merasa sakitnya hanya Allah yang tahu. Pendarahan yang banyak membuatkan saya kelihatan begitu pucat. Masa tu hanya doa dari semua kawan-kawan yang saya harapkan. Kerana saya tahu hanya Allah yang mampu menyembuhkan.

Bertahan dengan Ujian

Ia berlangsung dengan sangat lama. Hampir 3 bulan , masyaAllah kalau ingat balik keadaan tu. Barulah saya mulai faham keadaan mereka yang berada dalam istihadah. Tak semudah yang kita sangka. Ia adalah ujian jiwa yang kena berpaut pada tuhan yang Esa. Dengan menahan sakit cramp diperut, dengan darah yang banyak, wajah pucat lesi …Subhanallah.
Alhamdulillah secara beransur ia tidak berlarutan. Cuma setiap kali menstrual masih rasa kejang di awal musim menstrual. Di kala umur 4 series ni, sebenarnya letih juga nak hadap. Jadi saya kena amik pil penahan sakit di awal mestrual supaya ia tak terlalu sakit hingga saya tak mampu nak buat kerja apa pun.
Namun selepas mendapat input dari beberapa orang yang mahir dalam bidang ini, saya cuba usahakan rawatan alternatif untuk membantu agar keadaan menjadi lebih baik.

Simpton awal

Rupanya penyakit ini ramai juga dikalangan kaum wanita. Ada kenalan saya yang terpaksa membuang organ rahim kerana doktor mengatakan ia adalah lebih baik untuknya. Antara sympton untuk Adenomysis ini adalah
Adenomysis
Kekejangan semasa menstrual – wanita kena alert
🧿 Pendarahanan haid yang berat dan berpanjangan
 
🧿 Keradangan yang teruk atau tajam seperti sakit pelvik semasa haid atau nama lain dismenorea
 
🧿 Kekejangan haid yang berpanjangan sepanjang haid dan keadaan menjadi worst bila makin meningkat usia.
 
🧿 Gumpalan darah keluar semasa haid berlangsung
 
🧿 Rahim mungkin menjadi besar dan kita merasakan macam perut sedang bloated.
 
🧿 Berasa sakit bila bersetubuh bersama pasangan.
 
 
InsyaAllah akan datang saya kongsikan rawatan alternatif yang saya usahakan untuk mengurangkan gejala menstrual saya.

Penafian : Segala testimoni dan penulisan tentang produk yang dikongsi di laman ini bukan bertujuan ntuk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendpaat nasihat dari doktor atau mana-mana pakar kesihatan yang diiktiraf.

Read more www.anakkuwiraku.com

3 thoughts on “ADENOMYSIS – REAL LIFE EXPERIENCE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *