ACE, ketumbuhan dan kanser- testimoni baru.

Kelmarin ibu bersembang dengan dua kenalan ibu dari alam maya… mereka ini mempunyai masalah yang sama iaitu ketumbuhan di ovari. Walaupun mereka ini hanya mendapatkan khidmat nasihat ibu sahaja tapi ibu tetap mahu mengetahui hasil dari apa yang ibu kongsikan selama ini …

Ibu selalu mengingatkan diri ibu dan semua kenalan ibu, sesuatu penyakit itu diturunkan bersebab…selalunya agar kita lebih beringat pada yang Maha Esa. Selain berusaha, doa juga tidak kurang pentingnya.

Syukur pada Allah kerana kedua2 teman ibu ini semakin sihat dan suara mereka sangat ceria kedengaran di telefon. Cyst mereka sudah semakin mengecil dan ini membuktikan teori sains selama ini benar…ACE dapat menghalang kanser dari terus merebak.

Mengapa ACE? Ini kerana vitamin A atau lebih specific Beta Carotene, Vitamin C dan Vitamin E adalah antioksidan yang terbaik dalam mencegah dan merawat penyakit. Walaubagaimanapun, ini mestilah berlaku dengan izin Allah jua. Bagi mereka yang bertawakal dalam usaha untuk mendapat kesihatan yang baik, nescaya Allah bukakan jalan kemudahan untuk mencapai yang dihajatinya.

Buat Nani dan Nur…syukur kerana Allah mengizinkan kalian mengenali Shaklee dan syukurlah kerana dengan izinNya, kalian semakin sembuh dan bertambah bahagia.
Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *