Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Shaklee Kuala Terengganu | Pelaris perniagaan yang paling mujarab

Shaklee Kuala Terengganu | Pelaris perniagaan yang paling mujarab

Memang benar semua yang berniaga mahukan jualannya laris dan perniagaan maju. Semua pasti tertumpu pada perkataan UNTUNG dan seboleh-bolehnya tak mahu RUGI.

Maka ramai peniaga yang usaha mencari jalan untuk melariskan barang jualannya. Tetapi paling menyedihkan bila ada golongan kecil yang sanggup melakukan perbuatan yang kurang baik dengan menggunakan pelaris yang bercanggah dengan agama.

      Pelaris Perniagaan  yang biasa dijumpai antaranya adalah antaranya  menggantungkan ayat 1000 dinar. Ini boleh kita nampak ayat yang tergantung dalam kedai-kedai orang yang berniaga.

Pelaris perniagaan

 

Pelaris mujarab

Saya nak share kan Pelaris Perniagaan yang paling mujarab dan jimat. Ia  tak gunakan kos yang besar pun. Cuma perlu sentiasa berlapang dada dan isikan kasih sayang sepenuhnya dalam rumahtangga.

Bila hubungan suami isteri baik, hubungan anak beranak juga baik saling menghormati dan saling membantu secara langsung kita punya tenaga yang harmoni. Ini juga salah satu cara menjemput rezeki dengan mudah.

Dalam  Islam kita digalakkan kita berdoa , minta pada Allah keluarga Sakinah Mawaddah Warrahmah,

Mengamalkan doa dan zikir yang nabi ajarkan juga membantu menjadikan pintu rezeki terbuka luas.

Pelaris perniagaan

 

Benarlah adakala kita akan berhadapan dengan pelbagai jenis ujian dan adakala hingga terbawa-bawa perasaan kecewa atau marah itu ke dalam rumahtangga. Maka, kita juga disarankan amal ayat ni supaya kita diberi kekuatan dan kesabaran dan yang pasti Allah akan membantu masalah kita diselesaikan.

Pelaris Perniagaan

 

Tips mudah amal bagi melariskan perniagaan :

Maka kesimpulannya, melayan suami atau pasangan dengan baik dan menguruskan rumahtangga dengan baik adalah kunci menjemput rezeki yang besar lagi hebat.

Antara yang boleh dilakukan dalam rumahtangga adalah

🍒 Ucapkan terima kasih jika mendapat sesuatu 🍒 Minta maaf jika terdapat perselisihan supaya tak berlarutan🍒 Beri pelukan kasih sayang 🍒 Menjadi pendengar yang baik kepada pasangan dan ahli keluarga.

 

Semuanya bermula dari dalam rumah. Jika kita boleh menjemput rahmat dengan kasih sayang, nescaya perniagaan kita bertambah maju dan pesat. Sentiasa yakin Allah tidak tidur. Dia sentiasa melihat usaha hamba-hambaNya.

 

Wallahu alam.

10 thoughts on “Shaklee Kuala Terengganu | Pelaris perniagaan yang paling mujarab

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *