Zoo ada penawar untuk anak sawan tangis?
Dah berminggu si kecil ini menangis dan merengek….dah macam-macam doctor Auntie Ein bawa anaknya berjumpa tak kurang juga perubatan tradisional….tak tahu nak buat macam mana…menangis siang dan malam. Kalau ibu telefon atuk pasti kedengaran suara Dina menangis sahaja…
Pernah ibu cakap dengan atuk…”Mak, cuba minta Ein ketuk mana-mana pintu ke tingkap kat rumah tu….mana tahu akan jadi macam Ahmad Albab ke…” kedengaran ketawa kecil oleh mak ibu selepas itu.
Sehingga satu ketika mak ibu mula menunjukkan rasa risaunya…. mak kata jika orang dulu-dulu, mereka kata itu petanda tak baik. Tapi ye la, bukan boleh percaya…. sehinggalah satu hari Auntie Ein bawa Dina berjalan rumah kawannya.
Mak kawan Auntie Ein kata, penyakit budak-budak macam ni senang jek ubatnya…..Bawa pergi ke zoo, nanti mana-mana binatang yang berkenan dengan perangai sawan tangisnya akan ambik then si kecil akan berhenti menangis.
Dalam keadaan Auntie Ein, apa sahaja yang disaran akan dicuba maklumlah dah macam-macam ikhtiar yang dah dibuat. Maka minggu sudah Auntie Ein pun bawalah anak dara kecilnya itu berjalan ke zoo Melaka.
Nak jadikan cerita, memang sejak balik dari zoo Dina dah tak menangis dan merengek-merengek seperti bermingu sudah. Kini Dina sangat ceria dan mudah ketawa bila dengar suara riangnya di telefon.
Pasti ada mana-mana haiwan di zoo tu yang berkenan dan dah amik sawan tangis tu….memang bunyi macam kelakar tapi syukur lah ia menjadi. Yang paling penting Dina tak berkenan dengan mana-mana perangai haiwan kat zoo sudah…kalau tak kesian Auntie Ein mesti pening ….ye la kalau tetiba Dina mengaum dalam rumah….pasti haru ,hehehehe.
teringat arissa ms dlm pantang dulu..mcm ni lah..non stop menangis…mula2 seminggu start nangis kul 9pm-3am…pstu dia stop sehari dua ingat dah elok…pastu sambung lagi..3am-8am…hahaha….jenuh jumpa doctor..jumpa bidan…mcm2 lah…last2 pandai stop sendiri…mak ckp "ni penyakit dlm pantang" 🙂
Nak sruh kak ipar azah try la..kesian plak tgok dia n suami bla anak asek meragam tiap mlm..thnx..
Thnx..petua ni sgt berguna..ni pon slh 1 ikhtiar..
Nak sruh kak ipar azah try la..kesian plak tgok dia n suami bla anak asek meragam tiap mlm..thnx..