Want to be better?

Ini adalah email yang ibu terima dari seorang kenalan internet ibu:

Salam..
Apa khabar Kak N… semoga sihat..
Dah lama nani nak tulis email untuk akak, tapi tak berkesempatan…
Ni lepas mengepam sessi pagi (kul 4.30 pg) terus capai laptop n bukak email…


Tak sangka dapat kenal akak walaupun tak pernah bersua muka…
Ingat lagi masa cuti sekolah bulan 3, nani duduk dekat kg (johor bahru my hometown) padahal seminggu je, tapi badan rasa penat mcm orang tak makan… sedangkan tak buat kerja apa pun dok umah mak…Bila bgn pagi2 nak pam susu badan penat, tak cukup tido, bila pam dapat 1 0z je… lagi sedih + tension…akhirnya takdir tuhan menemukan nani dengan blog akak, rasa ada satu sinar baru dalam perjalanan nani breastfeed anak nani Adam Rahimi…tanpa berlengah setelah discuss dengan hubby, dia pun setuju nak berjumpa akak.. tak sangka pulak akak ni duduk sarawak… mcm tak percaya je..hehe.. bila tahu akak jugak cikgu, lagi bersemangat nani…


Kadang2 nani ni memerlukan pemangkin untuk meneruskan Bf baby ni. so bila baca blog akak semangat berkobar2 tu kadang2 bleh let down bila tengah pam…(sebab excited sgt)


Alhamdullilah setelah hampir 2 bulan lebih makan produk shaklee, nani rasa badan kuat, susu lancar, anak kurang sakit, nani pun kurang stress bila dkt sekolah, mood pun bail je. Dan nani agak takjub dengan Nutriferon yang mana dapat menyembuhkan penyakit dengan kadar yang segera dan amat sesuai bagi nani yang menghantar anak ke nursery dan terdedah dengan penyakit sebagai perlindung…


Macam nani cerita dulu dengan akak on the phone pasal spirulina elken…
Nani sejak 2004 dan join el***.. spi****** memang dah makan.. sampaikan bila nani pregnant husband belikan spi****** 3000 tablet dengan harga RM 650… Bukan kata tak elok, tapi kurang menampakkan hasil berbanding shaklee..
Shaklee sangat2 murah dan kesan menakjubkan.. Apa yang penting, apa2 pun kita makan kena Istiqamah (bak kata kak N)…


Anyway, nani nak ucap terima kasih byk2 pada akak sebab banyak memberika ilmu yang nani rasa sukar nak cari di mana2… panduan, tips dan kata2 yang akak coretkan dalam blog amat bermanfaat buat nani…
Semoga ukhuah yang terjalin antara kita akan kekal sampai bila2…InsyaAllah


p/s : Nani attach pic nani dengan anak (Adam Rahimi)….

Salam sayang dari ibu

Read more www.anakkuwiraku.com

2 thoughts on “Want to be better?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *