Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Vitalized Minerals

 Selama 11 tahun saya dalam Shaklee, banyak ilmu yang saya belajar tentang vitamin , penyakit dan yang seangkatan dengannya. Namun tidak bermakna saya tahu semua perkara kerana saya masih perlu rujuk buku dan sumber2 sedia ada untuk memastikan apa yang saya sampaikan difahami dan terdapat kebenarannya.

Antara keunikkan Shaklee yang membuatkan saya kekal dan setia dengan produk ini ialah kelebihan penghasilan vitaminnya sendiri. Forest C Shaklee pengasas syarikat Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitamin. Vitamin itu sendiri datangnya dari perkataan VITALIZED MINERALS pada tahun 1915. VITAlized MINerals digabungkan dan jadilah perkataan VITAMIN.

Vitalized Minerals mengandungi semua vitamin dan zat mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Sehingga hari ini di dalam Shaklee, multivitaminnya dikenali sebagai VITALEA. Nama yang sangat unik.

Ianya berwarna hijau dan seakan-akan keras tetapi apabila ianya diletakkan ke dalam segelas yang berisi air, dalam masa lebih kurang 5-7 minit ia akan larut di dalam air secara perlahan-lahan tanpa ada apa-apa pewarna. Sangat unik.

Bagi mereka yang sering mengalami kurang darah, vitalea adalah salah satu vitamin yang akan saya sarankan ambil. Ini kerana ianya multivitamin yang lengkap dengan zat besi.

Ada banyak sebenarnya saya nak ceritakan mengenai vitalea. Bagi anda yang pernah mengamalkannya, sekiranya tak keberatan boleh berkongsi testimoni anda dengan saya melalui komen di entry ini. Saya sangat menghargainya.

Namun ingin saya kongsikan testimoni kawan saya, selepas mengambil vitalea Shaklee, yang mana sebelum ini beliau mempunyai kuku yang tidak rata [ beliau sering mengatakan kukunya buruk] dan alhamdulillah kini  normal dan cantik seperti orang lain.

Apa cerita anda dengan vitalea?

Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *