Umrah pertama bawa anak kecil , satu kelebihan?

Alhamdulillah, kami dah terima email jemputan untuk Umrah dari Shaklee.

Pengedar Shaklee Terengganu
Surat jemputan umrah dari Shaklee.

Allahu akhbar! Syukur pada Allah.

Teringat entry 2018 yang saya tulis tentang hajat nak dapat umrah melalui Shaklee. Ada ke yang berminat? Masa tulis entry tu….saya tulis bersama perasaan harapan dan keyakinan yang satu hari kami akan rasa satu keluarga umrah melalui Shaklee. Dengan izin Allah ia bukanlah mustahil.

Masa 2011 adalah Umrah pertama kami sekeluarga. Masa tu Nasa baru berumur 4 tahun. Perkara tak boleh lupa ialah dia dalam proses toilet train. Maka masih pakai pampers jenis seluar gitu.

Pengedar Shaklee Kuala Terengganu
Umrah pertama 2011.

Pagi tadi baca entry adik ipar saya… Tips Umrah bersama anak kecil  …

So teringat la masa 1st time pergi umrah dengan sorang anak umur 8 tahun dan sorang 4 tahun. Macam biasa, as parents kita kena selalu jadi radio infomer untuk anak-anak. Bagi tahu 1 bulan awal, kita nak pergi umrah tempat ibadah. Ada kaabah macam dalam TV. So nanti behave.

Sepanjang di Madinah, alhamdulillah semua dipermudahkan. Cuma malam terakhir aje Nasa muntah sebab ibu balik lambat dari Raudhah. Dia menangis macam ibu hilang. Balik-balik bilik jam 1 pagi, tengok bilik bau muntah. Rupanya Nasa nangis sampai muntah. Kesian anak ibu.

Bila sampai sahaja di Mekah… adalah saat yang paling penting. Kami pesan anak-anak. Please behave. Jadi sebelum buat mulakan ibadah umrah, kami pastikan anak-anak dah siap kemeh [ buang air dan segala yang patut]. Nasa kami pastikan pakai pampers yang baru dan bersih supaya tak bocor.

Bila memula tawaf, Abah dukung Nasa sambil tangan sebelah pegang Addin. Maklum ramai kan. Masuk beberapa pusingan tawaf, kami bergilir.Ibu pula dukung Nasa dan Abah fokus pimpin tangan abang Addin. Alhamdulillah sampai selesai tawaf. Syukur, Allah permudahkan.

Bila sae’i pula..memula boleh bertahan tapi kenangkan mereka budak kan…jadi kami decide sewa satu kerusi roda dengan orang arab yang jaga kawasan sae’i dan dudukkan 2 beradik dalam kerusi roda. So kami berjalan sambil tolak kerusi roda anak-anak ni.

Bila ke masjid, alhamdulillah Abah Addinnasa sangat seronok bawak anak-anak ke masjid. Rupa-rupanya orang Arab sayangkan budak-budak. Mereka mencontohi akhlak Rasulullah, menyayangi kanak-kanak. Jadi kelebihan abah ialah sentiasa dapat tempat duduk dalam saf dengan kawasan yang selesa. Mereka memberi keutamaan bila ada parent yang bawa anak.

Cuma ada waktu, ibu cuma solat dibilik sahaja. Terutama adakala mereka  [ Addin dan Nasa] letih dan nak tidur, ibu lebih prefer ibu yang temankan mereka di bilik. Maklum isteri afdal solatnya di bilik pun. So tak de masalah.Tak perlu berebut pun. Gedung pahala isteri sebenarnya di rumah bersama keluarga tersayang. Dapat la abah Addinnasa ke masjid lebih lama dan doa lebih untuk kami yang tinggal ni.

Ramai aje kawan kami yang buat umrah bersama anak kecil mereka. Bukanlah satu masalah pun tapi mengundang rahmat Allah yang banyak. Ada aje orang bagi anak-anak biskut, kurma, air zam-zam mahupun roti sebagai hadiah. Jadi kita tak perlulah risau.

Pengalaman seterusnya bila kami bawak keluarga bersama menunaikan umrah [ atas perbelanjaan sendiri] pun mudah. Cuma cabaran bila bawa anak perempuan yang comel, ia jadi bahan cubitan orang-orang yang kita jumpa dimasjid.

Anak buah saya yang comel, Adira.

So ibu-ibu yang merancang menunaikan umrah dan masih tertanya-tanya…bagaimana bawa anak menunaikan umrah? Jawapan saya, mudah aja…insyaAllah mudah kerana kita nak hati mereka dekat dengan Allah dan RasulNya.

Mudah-mudahan kita selalu dijemput ke sana. Amin ya mujib.

🌻 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *