Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Umrah di penghujung tahun 2021

Allahu akhbar, Allah mempunyai percaturan yang terbaik bila kita pandang dengan mata hati…

2 tahun kita tak mampu nak buat apa-apa disebabkan Covid, namun Maha baik Allah…insentif trip yang sepatutnya Shaklee buat setiap tahun digantikan dengan tunai [ Cash liue] dan suami pesan, duit tu letak tepi supaya once Umrah dah dibuka, kita boleh terus pergi gunakan duit yang ada tu.
Alhamdulillah Allah izinkan kami semua menjadi tetamuNya pada Disember 2021. Alhamdulillah kami seramai 14 orang dari Malaysia dan tambahan keluarga mutawif ustaz Gani turut serta dalam rombongan kali ni. Umrah yang dibuka semula hujung tahun 2021 selepas Covid dah mula nak berakhir.
Satu pengalaman manis kerana ada antara jemaah yang turut serta merupakan umrah pertama buat mereka.
Dengan izinnya kami dapat menginap di Dar Al Iman Intercontinental yang bersebelahan dengan masjid Nabawi.
Selama 5 malam kami berada di Madinah dan hari ke enam barulah kami berangkat ke Mekah.
Ini juga merupakan pengalaman pertama kami malah semua jemaah yang turut serta merasa menaiki keretapi dari Madinah ke Mekah. Keretapi laju ini memakan masa almost 2 jam untuk sampai. Subhanallah sangat menjimatkan masa dan sangat selesa trip kali ini.

 

 

 

 

 

 

 

Semasa di Mekah pula kami dapat menginap di Hotel Makkah yang dulunyanya dikenali sebagai Hilton atau Millenium. Jaraknya juga sangat dekat dengan Masjidil Haram.
Kebetulan rezeki kami pergi pada waktu itu, SOP di Arab Saudi baru sahaja berubah. Tiada lagi penjarakkan. Umrah boleh dibuat beberapa kali sepanjang kita di sana namun perlu ditempah terlebih dahulu menggunakan sistem Eatmarna. Berbanding sebelum ini, umrah hanya boleh dibuat sekali sehaja dalam tempoh 30 hari. Se
Rezeki juga kerana waktu itu kami dapat memohon HSO [ Home Surveillance Order] , namun kini dengarnya perlu kuarantin di hotel.
 
Sepanjang di Mekah, selepas selesai umrah, terdapat beberapa aktiviti ziarah luar yang biasa kita lakukan bila menunaikan umrah. 
 
Alhamdulillah setiap jemaah dapat membawa balik senaskhah Al Quran balik dari melawat Muzium di Mekah.

 

 

 

Menjadi kebiasaan bagi kami sebelum balik ke Malaysia, aktiviti wajib kami adalah memberi makan burung… kali ni best lagi sebab burung nak datang dekat dan makan dalam tapak tangan…
Inilah kisah kami menjalani Umrah hujung tahun 2021. Terima kasih Allah atas jemputanMu moga kami akan dijemput lagi di masa akan datang…. Amin.
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *