Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Ubati jiwa dengan terapi Al Quran

 Hadiah Umrah dari Shaklee baru-baru ini membuka lembaran baru dalam hidup saya. Alhamdulillah saya ditemukan dengan orang-orang yang hebat di sisi ALLAH. Syukurnya saya masih dapat menghubungi mereka hingga saat ini.
Mereka yang pernah berada di Madinah mahupun Mekkah baik untuk urusan umrah atau haji, pastinya akan mendapati betapa tenangnya jiwa sepanjang berada di sana. Hilang segala kerisauan , kesibukkan dunia yang selama ini mengejar kita. Di sana, orang beribadat seolah-olah akan mati esok hari. Mereka yakin rezeki itu datang dari ALLAH jua. Penjual di sana juga sangat jujur dan tidak berlebih-lebihan. [ Ini pengalaman saya, namun jika ia berbeza dengan pengalaman anda, mungkin itu bahagian masing2].

Sesuatu yang menarik perhatian saya ialah…sebenarnya ketenangan itu banyak boleh diperolehi dengan membanyakkan zikir, mendengar dan membaca Al Quran, bersedekah dan beramal soleh.
Namun disebabkan ilmu sekular yang kita didedahkan, kita seolah-olah hilang panduan. Kita disibukkan dengan urusan dunia, bekerja keras untuk berjaya sehingga masa untuk ibadah berkurang. Saya akui perkara itu…berbeza dengan hidup di Mekkah dan Madinah. Tiada kerisauan langsung tentang jualan, perniagaan atau yang selama ini disibukkan. MasyaALLAH rindunya hati ini di sana.

Mari kita, wahai sahabat…kita gerakkan diri kita untuk mendapat kegemilangan Islam dengan mulakan dari diri kita sendiri dahulu. Memang tidak kita dapat berubah secara drastik memadai memulakan dengan mmbasahi bibir dengan zikrullah dan mendengar bacaan Al Quran sepanjang kita bekerja. Malam hari kita mulakan dengan mengaji Al Quran selepas maghrib. InsyaALLAH perlahan-lahan ketenangan itu hadir dan kita nampak matlamat kita dihidupkan.

Teringat satu kisah ini…

Suatu ketika Nabi saw. memanggil para sahabatnya ketika matahari sedang meninggi, dan memerintahkan mereka agar berlari ke Gunung Uhud dengan membelakangi matahari dan mengejar bayangan tubuh mereka. Barang siapa yang dapat mengejar bayangannya akan dihadiahi jubah nabi.

Mereka tidak mempertanyakan kenapa beliau memerintah kan hal itu, tetapi mereka menyerahkan semua keputusan kepada beliau, dan segera berlari mengejar bayangan mereka. Ketika mereka berlari sambil membelakangi matahari, bayangan mereka akan mendahului mereka. Meskipun secara logika kita tahu bahwa kita tidak mungkin mengejar bayangan kita, para sahabat Nabi tidak menakar perintah Nabi dengan nalar mereka.

Mereka menggunakan kecerdasan mereka untuk melaksana kan perintah itu, tetapi tidak memikirkan apakah perintah itu perlu dilaksanakan atau tidak. Mereka tahu bahwa beliau seorang Nabi yang tidak akan mengeluarkan perkataan menurut seleranya sendiri, tetapi hanya mengatakan sesuatu yang
diwahyukan Tuhan kepadanya.

Ketika para sahabat telah tiba di Bukit Uhud, beliau menyuruh mereka untuk berbalik dan berlari ke arah Nabi saw. Kemudian bayangan mereka berlari mengikuti mereka ketika mereka berlari menuju Nabi saw. Beliau kemudian
berkata, “Wahai para sahabatku, barang siapa lari mengejar kehidupan dunia, maka ia seperti orang yang lari mengejar bayangannya, dan ia tidak akan pernah dapat mengejarnya.

Barang siapa yang lari mengejar kehidupan akhirat (lari ke arahku dan pesan yang aku bawa dari Allah), maka dunia ini akan berlari mengejarnya, seperti bayangan yang berlari mengejar kalian.” Dikatakan, dunia itu bangkai, dan orang yang mengejarnya ialah seperti anjing. “

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *