Ubah nasib dengan 4 perkara
Walau bagaimanapun , sebenarnya secara peribadi saya yakin ramai ibu-ibu yang mengambil vitamin adalah untuk kesihatan diri mereka kerana ingin terus berjuang dalam penyusuan susuibu buat bayi mereka. Mungkin hanya segelintir yang membuat tanggapan vitamin itu yang membanyakkan susu mereka ditambah mereka masih baru dalam dunia penyusuan susuibu.
Meminjam kata-kata seorang ibu ini :
” supplement tu bukan lah menjana kepada penambahan hasil susu, tapi menjana khasiat pada yang memakannya. Dengan keadaan kita ibu2 yang bekerja dan bekerjaya sampai kadang2 skip makan dan ambil maknan yg sambil lewa, maka adalah penting sekiranya kita ambil suplement sebagai sumber pemberi tenaga juga vitamin lengkap untuk diri kita sendiri.. tak kira lah dari produk mana sekali pun.. secara tak langsung vit yg kita perolehi ni dapat juga di salurkan terus kepada anak kita melalui susu ibu.. Memang lah betul sumber semula jadi adalah vitamin yang paling bagus dan terbaik untuk kita.. tp kalau makan pun dah mcm2, n belum tentu completenya dengan zat2 yang sepatutnye.. tak guna juga kan?? apa pun, tepuk dada tanya lah selera..”
Ramai ibu yang bekerjaya hari ini mnedapati pemakanan mereka tidak teratur apatah lagi untuk memenuhi keseimbangan yang dicadangkan dalam piramid makanan, maka pengambilan vitamin membantu mereka sihat, ceria, bertenaga dan mampu meneruskan pekerjaan rumah selepas pulang dari kerja. Maka keperluan vitamin adalah keutamaan demi memastikan mereka dapat meneruskan perjuangan dalam penyusuan secara tidak langsung.
Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)
Bagi ibu-ibu yang sedang struggle untuk menjayakan penyusuan, peganglah kepada 4 perkara ini:
Maka balik kepada diri individu, mengapa mereka mengambil vitamin. Mereka pastinya mempunyai sebab tersendiri untuk mengambilnya. Seperti yang pernah saya nyatakan dalam entry2 saya sebelum ini, jika kita tidak mampu membeli rumah banglo mewah maka jangan kita pandang serong pada yang memiliki banglo mewah. Malah jika kita menaiki kereta ke tempat kerja, jangan dihina mereka yang menaiki bas. Setiap orang punya kemampuan tersendiri. Sama juga dalam hidup ini….hati perlu bersih, baru rezeki akan datang. Tidak perlu cemburu pada hasil orang lain tetapi jadikan inspirasi untuk kita lebih maju. Iri hati dan dengki adalah penyakit hati yang lambat laun akan menutup banyak pintu rezeki dan rahmat ALLAH.
* jom ubah nasib kita…jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Letakkan usaha.
Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi percuma. Salam sayang dari Ibu Addinnasa