Trend terkini : berpantang dengan vitamin

 Semenjak awal tahun 2012 saya menerima banyak panggilan dari bakal ibu khususnya yang sedang mencari makanan kesihatan bagi menampung keperluan tubuh mereka semasa dalam pantang lagi. Alhamdulillah, last month sahaja ada 3-4 orang customer saya yang melahirkan anak kembar. Saya yakin ramai ibu diluar sana juga yang sedang mencari makanan tambahan semasa dalam pantang akan memikirkan beberapa perkara sebelum membeli.

Antaranya ialah

1. Adakah ia selamat uuntuk penyusuan?

2. Adakah ia bagus untuk atasi pemulihan kesihatan ibu yang baru melahirkan?

3. Berapa kos yang perlu dibayar?

4. Sejauh mana kebaikan mengamalkan produk tersebut?

Apakah sebenarnya perbezaan mengamalkan jamu atau vitamin semasa dalam pantang?

Sebenarnya jamu juga dikategorikan sebagai makanan tambahan. Namun badan kita mengambil masa yang lama untuk menguraikan jamu tersebut untuk mendapatkan vitamin dan khasiat yang terdapat di dalamnya ditambah kandungan jamu tidak dapat diketahui dengan lebih lengkap.

Berbeza dengan vitamin. Badan kita sangat mudah mengenali vitamin. Pengambilan vitamin membuatkan badan kita menerima dengan cepat serta pengambilan air yang mencukupi akan menyebabkan penyerapan berlaku dengan sangat baik.

Ibu di dalam pantang di galakkan mendapat makanan yang kaya dengan khasiat folik asid, zat besi, zink dan bebera vitamin lain supaya cepat pulih dari sakit melahirkan. Selain itu vitamin juga sangat perlu agar ibu itu tidak mudah mendapat meroyan dikala ia berada dalam pantang.

Bagi ibu yang hendak menyusukan bayi dengan susuibu sepenuhnya, disarankan agar ibu itu tidak mengambil apa-apa jamu kerana dikhuatiri ia akan memberi kesan yang tidak elok untuk hati bayi dan mempunyai risiko bayi mendapat sakit demam kuning atau nama popular disebut jaundice.

Saya sendiri tidak mengamalkan apa-apa jamu kerana saya percaya badan saya memerlukan vitamin untuk cepat recover dari sakit pembedahan melahirkan Addin dan Nasa. Alhamdulilah, badan ibu yang cepat recover sesungguhnya memberi impak kepada dunia penyusuan. Ibu yang sihat, cergas, mood yang baik sangat mempengaruhi penghasilan dan kelancaran pengeluaran susuibu disamping ibu itu menyusukan anaknya dengan kerap.

Ibu yang dalam pantang hanya memerlukan multivitamin yang lengkap dengan zat besi kerana zat besi diperlukan untuk pembinaan sel darah merah ditambah ibu banyak kehilangan darah semasa haid dan nifas. B complex dank vitamin C penting dalam membantu si ibu mendapat khasiat secukupnya dan mampu mengawal sebarang bentuk tekanan serta vitamin ini membantu mengelakkan si ibu mendapat risiko meroyan. Manakala zinc sangat perlu untuk aturan 100 jenis enzim dalam tubuh. Ia juga membantu mempercepatkan proses pembaikan luka luar dan dalam. Tidak kurang juga keperluan kalsium sangat dititikberatkan kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalsium dari wanita biasa kerana ia akan disalurkan kepada bayi untuk perkembangan dan pembesaran si anak.

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Sms/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

2 thoughts on “Trend terkini : berpantang dengan vitamin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *