Tolong dapatkan nasihat dan rujukan ….
Ibu benar2 kecewa dengan sesetengah ibu yang menyusukan anak apabila mereka tidak berjaya dengan supplement mereka mengeluarkan kata2 yang memburukkan tanpa membuat soal selidik dan penambahbaikkan.
Seorang ibu ini adalah one of silent reader of this blog … menjumpai blog ini di dalam forum yang dikenali ramai, SusuIbu.Com. Beliau mendapatkan produk alfalfa dan performance dari jirannya. Apabila beliau tidak mendapat sebarang kesan dari pemakanan yang disarankan iaitu Alfalfa dan Performance Drink beliau bertanya saya melalui mesej benarkah dua supplement ini membantu penyusuan bagi seorang ibu yang berpuasa kerana beliau gagal mendapat manfaat dari duanya. Saya membalas mesej dengan mengatakan ya, namun perlukan nasihat serta bimbingan yang betul kerana apa yang saya sarankan dalam forum adalah yang asas bagi semua ibu2 namun pengambilan yang lebih berhasil bergantung kepada badan si ibu juga. Maka di sinilah bimbingan sangat diperlukan. Saya meminta ibu ini merujuk semula dengan pengedar Shaklee yang membekalkan produk kepadanya namun si ibu ini menjawab bahawa jirannya ini (yang juga pengedar) tidak tahu tentang kebaikan Alfalfa dan Performance dengan menyeluruh.
Maka saya memberikan panduan bagaimana untuk mendapatkan hasil yang sepatutnya melalui alfalfa dan performance drink dan kini si ibu ini sungguh bahagia menyusukan anaknya, alhamdulillah. Maka nasihat saya, dapatkan panduan yang khusus sebelum anda mendapatkan sesuatu produk itu. Penjelasan yang jelas sangat membantu untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Bagi ibu2 diluar sana yang ingin mencuba produk Shaklee , boleh dapatkan panduan serta khidmat nasihat percuma melalui blog ini dengan mengajukan persoalan kepada email addinnasa@gmail.com InsyaAllah persoalan akan akan terjawab dengan bantuan doktor yang menyokong pemakanan tambahan serta ahli pakar pemakanan sendiri.
Jangan mudah taksub dengan produk2 baru yang ada dalam pasaran yang menjanjikan hasil segera kerana ianya mungkin mengandungi steroid yang boleh merosakkan hati dan buah pinggang kita dalam jangka masa panjang. Sesungguhnya istiqamah itu sangat2 penting untuk mendapatkan kesihatan yang abadi, dan sesungguhnya mereka yang beristiqamah akan berjaya dalam apa jua urusan, insyaAllah. Akhir kata, renung2kan dan selamat beramal!
betul! segan tanya sesat jalan nanti.. hihihi…