Tips agar anak kecil tak meragam dalam kapal terbang

Ya bila cerita naik kapal terbang, kita yang nak travel memang sangat excited sebab naik kapal terbang bukan macam naik kereta [ ia bukan berlaku setiap hari] kecuali mereka yang ada urusan kena naik kapal terbang dengan kerap.

Saya sendiri pertama kali naik kapal terbang pada usia awal 20-an di mana berpeluang jumpa suami di Miri masa cuti semester kedua akhir. Seronoknya bukan kepalang.

Selepas itu menetap di Miri jadi bila suami ada kursus dapatlah peluang ikut sekali.

Namun selepas ada baby, ia tak semudah yang kita fikirkan ditambah bawa baby yang menyusu badan. Mana nak jaga baby dan mana nak jaga aurat …semua kena fikir. Oh bukan itu sahaja, kita nak juga pastikan baby tak menangis melalak dalam flight kerana boleh ganggu ketenteraman orang lain juga.

Memang tips biasa yang saya dapat dulu…untuk ibu menyusu lebih mudah….di mana once kapal terbang nak take off, pastikan bayi menyusu. Kerana bila baby menyusu membantu tekanan bendalir dalam telinga kekal seimbang dan bayi tak meragam. Bagi yang tak menyusu badan, digalakkan berikan air susu atau air masak atau puting bayi supaya bayi berada dalam kedudukan menghisap…ini untuk membantu mengelakkan bayi rasa tak selesa terutama apabila ada masa telinga berdengung yang mengakibatkan mereka rasa sakit.

Ya ramai ibu ayah yang tak perasan bahawa anak menangis dalam kapal terbang antaranya disebabkan oleh rasa sakit dalam telinga apabila bendalir dalam telinga menjadi tak seimbang.

Oh tapi tak kurang juga, ada sesetengah bayi akan menangis dalam kapal terbang terutama kerana keadaan ramai orang dalam kapal [ crowded]
membuatkan mereka tidak selesa maka mereka akan menangis dan merengek.

Jika anak anda adalah kategori kedua, maka cuba amalkan tips ini …Tips ni saya dapat dari seorang kawan. Alhamdulillah memang saya praktik sampai mereka besar.

Pastikan tarikh penerbangan.

Bagi penerbangan yang terancang contohnya cuti balik raya, cuti percutian atau apa sahaja yang kita dah rancang lebih awal kan?

Maka sebenarnya kita boleh alert kan anak kita tarikh itu dan selalu sebut pada anak supaya well behave sepanjang dalam flight.

Biasa saya akan sebut banyak kali  pada anak…

‘Nanti pada tarikh ni kita akan naik kapal terbang tau. So ibu nak Addin dan Nasa well behave sepanjang dalam flight ya.’ 

Dialog ni kena ulang dan ulang banyak kali supaya ia dapat diprogramkan dalam minda anak.

Alhamdulillah, mereka ni dari dalam hari lagi dah naik kapal terbang. Rezeki alhamdulillah.

Memang saya amal tips ni.

Moga ia membantu ibu-ibu yang nak bawa anak naik kapal terbang.

All the best!






Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, Indonesia, China dan Taiwan. Nak beli produk Shaklee ? Nak JOIN AHLI Shaklee ? Nak Duit Tambahan melalui Shaklee?

 Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
 ðŸ“² Call/Whatsapp : 012-853-5689

â™› Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *