Terngiang-ngiang pesan arwah abah…..
Abah suka memberikan kata2 semangat dan pendorong pada saya terutama bila saya down dalam pelajaran dan pertandingan. Arwah memang la orang yang sangat garang. Saya melihat sikapnya adalah tegas dan garang seperti Saidina Umar R.A dan adakala saya merasakan saya turut mewarisi sifatnya…. Namun kerana ilmu yang dimilikinya membuatkan saya berani berbual malah berhujah dengan arwah.
Arwah selalu pesan, cemburulah pada orang yang banyak buat kebaikan. Arwah juga selalu bercerita tentang kawan-kawannya yang sangat hebat sedekah dan mereka yang banyak menginfakkan hartanya pada jalan ALLAH.
Ada banyak sebenarnya pesanan dan tarbiyah arwah abah masa hidupnya namun yang paling saya suka antaranya ialah :
Apabila berlaku sesuatu yang saya rasa tidak sepatutnya berlaku atau dilakukan, saya akan bertanya pada arwah dan arwah pasti mengingatkan saya dengan firman ini……
Allah SWT berfirman:” Sesungguhnya Aku telah menjadikan akal itu bermacam sebanyak bilangan butiran pasir sebagai gambarannya. Begitulah akal yang diberikan kepada manusia , ada yang diberi sebutir , dua tiga, sepuluh, segenggam , sebakul malahan ada yang di beri lebih dari itu. .”
Arwah juga suka bersedekah dan perbuatannya sering saya lihat terutama apabila ada orang yang bajunya compang camping datang meminta sedekah di tepi jalan….walau adakala duit yang ada pada arwah hanya beberapa ringgit tetapi arwah tetap tidak menghampakan peminta itu. Arwah sendiri menyimpan keratan akhbar ayat ini :
Salam sayang dari Ibu Addinnasa