Susuibu : kesinambungan makanan bayi sejak dari dalam kandungan.
“ Rahim adalah tempat terbaik untuk pembesaran bayi sehingga 9 bulan dalam kandungan. Ini kerana ia mendapat secukup khasiat dari pemakanan si ibu. “
Bila kenang semula, terlintas di fikiran saya….
Bila bayi dalam kandungan, si ibu akan berusaha menjaga pemakanan, mengambil vitamin supaya baby terus membesar dengan sihat dan kesihatan si ibu turut terjaga. Rata-rata ibu yang saya kenal, mereka concern dengan apa yang mereka makan, amalkan, cara hidup sihat supaya anak dalam kandungan itu membesar dengan baik dan sihat.
Apabila bayi lahir, segolongan besar masih dengan prihatin dengan keperluan pembesaran anak maka dengan ini mereka nekad untuk member yang terbaik iaitu susuibu.
Sayangnya penyusuan susuibu dianggap remeh oleh sesetengah pihak termasuk doctor yang tidak menyokong penyusuan susuibu. Memang benar, apabila bayi telah dilahirkan ibu mempunyai pilihan untuk memberi susuibu [ meneruskan pemberian zat makanan melalui apa yang ibu makan] atau member susu formula.
Namun hanya segelintir sahaja ibu yang prihatin tentang pemakanan mereka. Hakikatnya penyusuan susuibu bukan sekadar bercerita tentang kuantiti hasil perahan semata-mata tetapi nutrisi yang disalurkan adalah paling penting.
Oleh kerana demikian, suami saya sering mengingatkan makan yang bagus, makan yang baik, makan yang berkhasiat agar anak dapat membesar dengan sihat dan baik.
Sejak mengandung saya amalkan protein, multivitamin, b complex, vitamin c dan kalsium. Ini saya teruskan sampailah penyusuan lengkap 2 tahun ke atas.
Apa manfaat setiap ini?
Protien adalah binaan asas kepada sel. Seluruh tubuh kita terbentuk dari protien.
Memang benar protien boleh di dapati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan.
Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol.
Keperluan protien yang mencukupi membantu penghasilan susuibu dengan kadar dengan syarat ibu memenuhi 3 syarat penyusuan.
Memadai 2-3 sudu besar ESP*sehari semasa mengandung dan boleh diteruskan dalam penyusuan.
Vitalea *: Multivitamin yang sangat lengkap dengan zat besi. Penting untuk pembinaan sel darah, supaya ibu tidak pitam dan anak membesar dengan sihat.
B complex* : lengkap dengan biotin dan folic asid yang sangat perlu untuk pembentukan sel darah merah yang sihat dan secara langsung membantu anak membesar dengan sihat. Si ibu akan turut rasa lebih tenang dan mudah mengawal tekanan perasaan.
Vitamin C* : perlu untuk peningkatan sistem imun oleh tubuh. Mamandangkan ia adalah vitamin yang larut air, ia mudah musnah apabila kita berpeluh, terdedah dengan matarhari dan apabila kita stress. So pengambilan vitamin C sangat la penting.
Ostematrix* adalah kalsium , magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi ia boleh mengganggu penyerapan zat kalsium itu sendiri. Ianya juga bukan hanya dari kalsium karbonat semata-mata dan ini adalah sangat bagus kerana mengurangkan risiko batu karang dan sembelit.
Kalsium perlu bukan hanya untuk gigi tetapi untuk pembinaan sel darah . Sebab itu apabila badan kurang kalsium, ianya akan diambil dari tulang dan ini akan memberi risiko kepada ibu yang melahirkan dan menyusu kekurangan kepadatan tulang dan akhirnya mendapat risiko osteoporosis iaitu kerapuhan tulang.
Anda boleh mendapatkan produk ini dari saya dengan harga yang berpatutan. Saya akan memberi konsultasi hanya kepada mereka yang mendapatkan produk ini dari saya.
Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Salam sayang dari Ibu Addinnasa