Surirumah yang bijak?
Sejak contest yang lalu… ibu dapat ramai kenalan baru. Memang seronok sangat maklumlah ibu ni extrovert person, perlu sumber luar untuk recharge energy. So dengan berblog lah ibu dapat energy setiap hari. So esok ibu akan keluarkan contest yang baru…ramai yang tertanya2 dan tak percaya hadiah yang ibu akan berikan. Sungguh ianya adalah benar belaka. Itulah hadiahnya. Mengapa ibu perlu beri hadiah yang mahal?
Ada sebabnya sebenarnya. Biar ibu cerita dari mula…
Ibu dibesarkan oleh emak ibu iaitu atuk Addinnasa dari keluarga yang sangat sederhana namun kami mampu untuk memiliki apa yang dihajati. Meskipun emak ibu seoarng surirumah sahaja namun ianya tidak menjadikan ini sebagai penghalang untuk beliau menadapat apa yang dihajati. Emak ibu bukan seorang yang suka meminta maklumlah abah ibu pun hanya mekanik biasa. Maka emak ibu mempunyai akal bagaimana boleh mendapatkan duit walau hanya duduk dirumah. Kebetulan rumah emak ibu berdekatan dengan kilang baju maka emak ibu mengambil upah membersihkan dan mengemaskini jahitan baju. Upahnya? Sungguh tidak berbaloi iaitu 10 helai baju untuk 10sen. Dahsyat tak? Tapi kerana kami adik beradik ramai maka dapatlah emak ibu rm100 sebulan hasil dari kerja itu. Emak ibu tidak merungut kerana katanya itulah hasil yang berkat kerana adanya usaha untuk mendapatkannya. Memang benar, kerana keberkatan anak-anaknya belajar banyak perkara tentang kehidupan terutama erti bersyukur.
Berbalik dengan kisah ibu pula… pada awal perkahwinan ibu hanya surirumah biasa sahaja. Namun ibu tidak sia2kan ilmu yang ibu belajar maka ibu mengadakan tution di rumah. Dengan izin abah, ibu mulakan dengan seorang anak murid tahun dua dengan bayaran RM60 seorang, dua kali seminggu bersamaan 16jam sebulan.Lama kelamaan bisnes mula berkembang menjadikan blangan anak murid ibu seramai 20 orang dan menjana pendapatan RM2k sebulan. Penat? Tak payah kata sebab kelas setiap anak murid berbeza megikut tahap dan bak kata mak jangan merungut, rezeki itu akan lebih berkat.Sambil itu ibu buat Shaklee secara sambilan. Memang sukar sebab ibu belum ramai kenalan orang Sarawak.Namun abah banyak memberi dorongan kerana katanya dia suka isterinya pandai mencari duit maka dapat serba sedikit membantunya sekiranya diperlukan.
Setelah dapat KPLI ibu perlahan2 mengurangkan kelas tution di rumah kerana masa dan ibu tidak mahu terlalu tamak mengejar dunia. Setelah habis KPLI ibu hanya tumpukan kerja mengajar di sekolah dan Shaklee sebagai side income. Kenapa mesti nak buat side biz walhal gaji cikgu dah RM3k lebih? Bukannya apa…Shaklee menjadikan ibu seorang yang berilmu tentang pemakanan dan Shaklee juga banyak membantu ibu semasa pengajian di Universiti dahulu.
Kini ibu hanya tumpukan menjaga anak di rumah di samping membuat Shaklee di rumah. Sejak berpindah ke KL ibu mempunyai ramai kenalan baru yang sanggup datang ke rumah untuk belajar tentang pemakanan sihat selain mereka yang hanya mahu dikenali sebagai anynomous sahaja tetapi sanggup spend duit sampai beribu untuk beli Shaklee dari ibu. Memang ibu terharu sangat. Kata mak ibu itulah mungkin berkat niat nak menyusu Nasa maka Allah bukakan jalan rezeki.Ibu bersyukur sangat kerana dengan berkongsi ilmu dalam pemakanan, penyusuan dan kesihatan ibu dapat menjana duit.Duit ini ibu dapat berikan kepada emak ibu as elaun bulanan ( ibu cuba tak nak stopkan elaun untuk atuk walau ibu bercuti sementara), makan sedap kat Kenny Rogers ke, Tony Roma’s ke, beli barangan Crabtree yang ibu addicted sangat selain belikan toys yang menjana minda Addin dan Nasa. So ibu dapat berikan sebagaimana waktu ibu bekerja dulu cuma ibu tak dapat nak belanja stay kat Marriot macam masa kat Miri dulu.hehehe.
Dalam pada itu ibu teringin sangat nak belanja mereka (terutamanya) yang berdisiplin makan Shaklee selama ibu bercuti ni. Maklumlah MLM ni adalah perniagaan yang melibatkan jualan peribadi maka tak salah untuk memberi hadiah penghargaan kepada mereka yang menyumbang kepada sales ibu setiap bulan.Namun ibu tak berkemampuan untuk memberi semua orang tetapi memadai kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkannya. Oleh kerana itu wujudnya Better You Better World Contest yang akan bermula esok. Hadiah Crabtree pula ibu akan berikan as tambahan selain itu ada juga hadiah saguhati untuk blogger bertuah yang tolong letakkan gambar contest as side banner kat blog diorang. Hmmm, ibu juga sediakan hadiah hebat kepada peserta pertama, kelima puluh dan ke seratus. Hadiahnya boleh tahan hebat dan siapa yang dapat tu pasti sangat berpuashati! Abah siap pesan duit gaji Shaklee kali ni memang kena peruntukkan untuk my big contest! hahahahaha. So siapa yang join memang akan puashati especially kalau berjaya menawan hati juri siapa lagi kalau bukan abah AddinNasa!
Before ibu terlupa contest ini terbuka kepada semua golongan bukan sekadar ibu yang menyusukan tetapi mereka yang bujang juga…. jika dulu si bujang sah2 tak boleh join sebab tidak ada pengalaman bersalin, hehehehe. Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat nak dapatkan hadiah utama bermalam di Marriot PutraJaya atau Marriot Miri! Jumpa esok!
saspen la pulak menunggu contestnya nih hehehe
Along…
Tinggal esok jek…sabor ye!
hoyeah…
thanks sis sbb organize contest nih.
membilang jam je. sok pagi masuk keje, kene on pc awal2. bukak blog anakkuwiraku. hehehehe
saya pun saspen..:)
tapi bestnya dapat duduk rumah jaga anak.. sambil ada bisnes sendiri..
aishah
Join, jangan tak join!
Nadnye
Best… alhamdulillah. Rezeki anak2.
contest lg???
akan join tp tk mimpi dpt hadiah utama…klau ade hadiah trial pack shaklee lg menarik…hihihi just a joke….will join tuk meriahkn n support ur contest….
anamarza
Boleh dipertimbangkan idea tu!
Liza suke baca celoteh kak N, rs mcm bahagia sgt… :)insyallah nak join contest tu kalo ade masa yg mengizinkan.
salam ibu addin dan nasa… nak wat contest ek.. nak join… tapi ni ha ada request.. if u don't mind please vote my baby akalil hamzah kat
http://damiaqish.blogspot.com/2009/07/mari-mengundi.html
no 18 tau…
wah x sabar nak tunggu esok hehehhe
terharu and menitik air mata baca entry ibu kali ni…..
hmmm..contest ape esok yek!
ibu addin, nak tanye..yang bukan pengguna shaklee pun still bleh join ke?
Anda sukakan barangan Tupperware? Ingin membeli dgn harga diskaun? Malas hendak ke stokis Tupperware? Ini peluang anda membeli sambil menjana income
smua bloggers tk sbr tgu esok ni..apa la contest nye nanti..sure mencabar gk kn yela adiah lumayan ditawarkn..kalo kena mengarang lg lamatnye tk dpt ler join…uhuhuhuh…tp nk gk adiah tu…kekekekeke
wahwahhh…semangat nak join contest nih.. aritu tak sempat2 nak join.. dah terlepas.. kali nih mesti join jugak…;)
kalau contest yg lepas, jadik peserta pertama hantar penyertaan, kali ni nak try lagik. manalah tau kot2 kali ni ada rezeki…
bestnyer hadiah contest…contest x tau lagi hadiah dah tau…hehe.berkobar2 lah blogger nak join
macam tak sabar je nak joint contest ni..suspen la contest pe ni..tapi lagi best kalau bagi trial pack shaklee tu ke..leh gak dapt ahli baru ke..huhu..
oh.. klu kita tlg promotekan pun blh ada hadiah ya.. eemmmm cam best gak ni..
at least klu tak berkesempatan nak join pun.. beri sokongan kan.. okies.. kita akan cuba promotekan kat blog tentang contest ni nnti..