Surirumah VS WAHM
Baru selesai update blog . Seronok rutin sebagai surirumah ditambah bila ada sesuatu yang boleh diusahakan untuk menjana pendapatan. Siapa kata senang nak senang?
Ada beberapa order fullback yang perlu saya uruskan hari ini untuk pesanan malam semalam. Alhamdulillah, berkat sabar saya kini mampu sediakan sedikit stok vitamin pada tangan supaya saya mudah menghantar terus kepada customer saya. Jika dahulu, saya memang mengharapkan servis dari syarikat tetapi adakala saya lebih selesa menggunakan khidmat poslaju, walaupun adakalanya saya perlu memohon untuk penghantaran kali kedua disebabkan barang belum diterima oleh pelanggan saya.
Dulu saya tak pernah percaya dengan kenyataan orang, duduk rumah sambil buat duit. Mungkin boleh pada fikiran saya mereka ini menggunakan sistem kutu.Tetapi selepas komited dengan biz Shaklee yang saya usahakan dari rumah, tiada yang mustahil.
Semalam ada beberapa orang yang menghubungi saya untuk pendaftaran ahli dan ada yang bertanya ” Bolehkah saya nak dapat tambahan RM500 sebulan melalui Shaklee?” Saya senyum dan menjawab, ramai anak didik saya yang memperolehi 4 angka sebagai pendapatan sampingan melalui Shaklee.
Kami hanya berkenalan melalui alam maya semata-mata. Bagaimana kami berkomunikasi sedangkan kami tidak pernah bersua muka? Kami hanya menggunakan laman web sosial sebagai tempat kami berjumpa setiap hari. Uniknya saya galakkan isteri2 yang menyertai kumpulan biz ini demi menjaga keharmonian rumahtangga setiap ahli. Taknak lah kemudian hari terdengar suami orang bercinta dengan isteri orang atas landasan biz MLM. Maka semangat dan dorongan dari setiap ahli [ yang terdiri dari semua wanita] buatkan setiap dari kami berusaha untuk lebih berjaya.
Hakikatnya kejayaan bukan datang bergolek. Perlu ada usaha. Dalam usaha perlu ada cara supaya kita tidak buang masa. Masa itu sangat berharga. Sekiranya anda sebelum ini telah mendaftar sebagai ahli dibawah saya dan kini sangat berminat untuk menjana pendapatan melalui Shaklee, sila emailkan saya nama penuh anda dan ID anda, saya akan emailkan cara kami menjana pendapatan 4-5 angka melalui Shaklee.
Sebelas tahun saya bersama Shaklee, saya menikmati bonus tunai, bonus kereta dan percutian….tanpa perlu saya kerah pada orang lain untuk mencapai impian saya. Dalam Shaklee, uniknya lebih banyak kita usaha lebih banyak kita perolehi dan tiada istilah upline sentiasa di atas. Siapa rajin dia berjaya!
Buat semua anak didik saya, jumpa anda di puncak kejayaan!
Boleh email kepada saya di nnorita78[@]yahoo.com atau sms kan kepada saya 012-8535689 untuk konsultasi apabila membuat belian dari anakkuwiraku.
Salam sayang dari Ibu Addinnasa