Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Supplement : keperluan atau kehendak?

Masni membawa pulang beberapa botol vitamin sempena mahu berbuka puasa bersama mak dan ayahnya dikampung. Secara kebetulan makcik Kiah ada bertandang ke rumah mak Masni petang itu.

” Botol apa yang kamu bawa balik tu Mas?” Tanya makcik Kiah.
Masni sambil tersenyum ” Botol vitamin Mak Kiah”. Makcik Kiah terus menyambung lagi…” Aik, kamu sakit kah? Sakit apa sampai kena makan banyak vitamin tu?”

” Ish tak de la , ia vitamin untuk Mas sekadar nak sihat dan bagus untuk menyusu si Arif ni.” jawab Masni lembut sambil tangannya mengusap kepala anak kecilnya si Arif.

Makcik Kiah meneruskan perbualan ” Orang muda macam kamu ni tak payah makan vitamin, lainlah macam kami ni dah tua memang perlu vitamin dan ubat.”
——————————————————————————————————————————-

Biasa dengar dialog seperti ini kan?

Orang muda dikatakan tidak perlu amalkan vitamin. Ya ini kerana terdapat segelintir yang memikirkan supplement itu adalah last resort atau jalan terakhir apabila ditimpa sakit.

Sebagai pengamal supplement dari usia muda sehingga kini hampir 14 tahun lamanya, saya merasakan berbeza taraf kehidupan yang saya lalui.

Walaupun saya pernah melalui pembedahan pembuangan cyst , appendix namun pada saya ia bukan berpunca dari vitamin.

Siapa yang boleh beri satu jaminan dengan memakai tali pinggang keledar kita tidak akan ditimpa kemalangan? Tiada seorang pun yang saya yakin boleh berikan satu jaminan. Sama juga dengan makan vitamin. Tak de jaminan pun makan vitamin kita tak jatuh sakit. Jika ditakdirkan sakit pun insyaALLAH tak seteruk mana.

Zaman dulu tak banyak pencemaran macam sekarang. Beban kerja dulu pun tak macam beban kerja yang dipikul seperti sekarang. Zaman sekarang didedahkan dengan banyak fast food. Cara hidup yang terkejar-kejar dan semua nak cepat buatkan ramai yang tak amik endah pasal kesihatan kecuali mereka yang rajin membaca serta mereka yang pernah jatuh sakit dan menghargai kesihatan.

Namun tidak dinafikan ada segelintir yang mampu memasak setiap hari makanan yang berkhasiat, dengan hidangan sayur serta buah-buahan yang berkhasiat. Golongan ini mungkin tidak perlukan vitamin ditambah jika mereka bebas dari stress dan keletihan.

Apapun, balik pada diri. Lihat wajah di cermin. Jika kelihatan tua dari usia, hakikatnya kita stress dan keletihan. Jika ceria dan bersemangat dan bertenaga mungkin supplement bukan satu keperluan 🙂

Namun hanya kita yang berhak menentukan apakah kita perlu supplement atau tidak. Adakah ia keperluan atau kehendak…hanya kita yang ada jawapannya!

Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan saya melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com
Call/Whatsapp : 012-853-5689

 Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *