Staycation – Taaras Resort and Spa@ Redang

Seminggu sebelum PKP kami ke Taaras di Pulau Redang. Niat nak bagi Nasa mandi laut sekejap sebelum masuk madrasah… tapi aturan Allah unik….balik aje dari pulau, 2-3 hari lepas tu adalah PKP…iaitu 18 Mac 2020. Tarikh keramat seluruh Malaysia. Perintah berkurung yang akan menjadi kenangan sampai bila2.
Alhamdulillah kini dah masuk September….jadi kami plan sebelum madrasah buka nak pergi sekali lagi pulau dan kali ni ajak mak ayah pula.
Kami amik tarikh 1 hingga 4 hb September baru ni….selepas habis closing rasa nak spend  masa berkualiti  untuk keluarga….. waktu sepenuhnya melayani karenah anak-anak.
Rezeki kali ni….kami dapat peluang melepaskan anak penyu ke dasar lautan…..
Banyak masa kami habiskan mandi laut beramai-ramai….

Satu percutian yang bermakna untuk tahun ini…walaupun tak dapat berjalan ke luar negara macam dulu, tapi ada rezeki melihat kecantikan tempat sendiri. Taaras Resort and Spa ni sangat cantik dan setanding dengan tempat percutian diluar negara.
Bagi yang ingin datang ke sini, kalian juga ada option untuk naik flight dari Subang Airport. Boleh layari website Taaras Resort and Spa untuk melihat pakej yang disediakan.
Jauh perjalanan….luas pemandangan.
🌻 Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa 
 #pengedarshakleeterengganu #shakleereadystock #ShakleeVivixkualaterengganu #ShakleeMalaysia
Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *