Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Solat memberi impak pada penyusuan susuibu?

Setelah 5 tahun saya menceburi dunia konsultasi penyusuan susuibu melalui online, pelbagai ragam customer ibu menyusu yang saya temui. Alhamdulillah syukurnya ramai yang sabar dan istiqamah namun saya juga ditemukan ALLAH dengan ibu2 yang kurang sabar, tidak istiqamah, lemah semangat, tidak kurang yang mengalah dari perjuangan dunia penyusuan susuibu.

Namun melalui pengamatan peribadi saya sendiri, saya dapati ibu2 yang berjaya adalah kesan dari ibu yang melengkapi diri mereka dengan solat dan menjaga solat dengan baik. Secara tidak langsung, kesan solat itu membentuk hati ibu yang sabar, istiqamah dan yakin pada rezeki serta pertolongan ALLAH.

Saya dapat lihat ibu2 yang menjaga solah mereka, bertambah hebat apabila si ibu itu melaksanakan solah sunat Dhuha dan sunat tahajud. Dalam dua solah ini sendiri mempuanyai kekuatan rezeki dan keyakinan pada ALLAH.

Bila kita mohon dalam waktu Dhuha, sudah pasti bukan duit semata2 yang kita mahukan tetapi rezeki2 lain seperti kasih sayang, kesihatan, hati yang tenang dan susu yang banyak. Dalam tahajud pula kita sujud di malam hari dikala hamba lain sedang nyenyak tidur kita mohon kepada ALLAH dengan rendah diri semoga rezeki anak ini tetap ada dan hati anak yang terbentuk itu baik dan tawaduq pada ALLAH. Solah 5 waktu ditambah dengan 2 solat sunat ini akan membantu kita lebih yakin pada rezeki ALLAH.

Kesabaran kita menunaikan solah sebenarnya secara tidak langsung membentuk jiwa yang sabar , yakin dan beriman pada kekuasan Al Khaliq. Maka kita akan sabar menyusukan anak atau sabar mengepam setiap jam untuk mengumpul hasil susu untuk anak tersayang.

Namun perlu diingat, jangan ingat kerana kita rajin bersolah maka kita tidak diuji. Ujian dalam dunia penyusuan sentiasa ada, namun percayalah berkat hasil solat tadi kita redha dan kita yakin dengan ATURAN ALLAH yang terbaik, insyaALLAH.

Susuibu ini adalah rezeki dari ALLAH. Jika DIA tidak mengizinkan susuibu itu keluar, nescaya tidak akan ada setitik pun yang akan keluar…..maka dikala itu tiada siapa dapat menolong kecuali izin ALLAH jua.

Segelintir ibu2 yang mendesak adakala buat saya rasa sedih bila mereka mengharapkan vitamin atau apa jua milk booster itu akan banyakkan susu. Baru pam 2-3 kali konsisten dah mengharapkan susu melimpah ruah tapi sedar rezeki itu datang dari ALLAH bukan usaha kita semata2.

Hakikatnya kita perlu sentiasa dekat dengan ALLAH kerana segalanya datang dari DIA jua.

Oleh kerana ini juga ibu2 digalakkan membaca Zikir  Ya Matin iaitu (Maha Sempurna KekuatanNya) 70x setiap kali sewaktu minum air. 

Bagi ibu2 yang berjaya, alhamdulillah tahniah kerana anda menjaga hubungan baik anda dengan Al Khaliq. Bagi yang baru memulakan journey….maka dekatilah Al Khaliq kerana rezeki kita termasuklah susuibu itu adalah datang dariNya jua.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Salam sayang dari Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *