Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Shaklee Miri : Bisnes yang sentiasa ada permintaan?

Berniaga adalah 9/10 punca rezeki. Betapa hebatnya rezeki dari berniaga.

Bila saya dah berada dalam dunia bisnes, memang tak dinafikan ada beberapa bidang utama bisnes yang sentiasa mendapat permintaan atau Bahasa Inggeris menyebutnya as demand.
Semalam saya nak share tapi masa begitu mencemburui ….. So alhamdulillah hari ni dapat juga menyiapkan list pendek ini.

Antara yang bisnes paling popular ialah

Makanan
Manusia adalah makhluk hidup yang memerlukan makanan untuk hidup. Tak kiralah makanan segera , makanan tambahan atau makanan ringan. Semuanya memang sentiasa ada permintaan. Cara pemasaran memainkan peranan penting untuk mendapatkan bisnes yang berkembang pesat.

Perkahwinan
Salah satu bisnes yang sentiasa ada demand ialah perkahwinan. Baju pengantin, Pelamin, barang hantaran atau apa sahaja yang melibatkan perkahwinan memang sentiasa ada yang mahu. Kini orang bernikah tak kira cuti sekolah atau tidak. Mana tarikh yang difikirkan sesuai dan kena dengan dewan serbaguna memang akan terus diatur.

Kelahiran
Setiap hari ada sahaja bayi yang lahir. So apa sahaja barang keperluan bayi dan ibu yang melahirkan memang sentiasa punya permintaan.

Shaklee Online
Gambar ehsan dari Google

Kematian
Bila ada kelahiran akan ada kematian. Bisnes ini juga memang tak luput dek zaman sebab orang meninggal perlu kain kapan, kepok, batu nisan dan tak kurang keranda.

Pendidikan
Buku atau apa sahaja bahan bacaan sama ada dalam bentuk ilmiah atau hiburan memang menjadi santapan kepada kita hari ini walaupun ada yang telah menyediakan dalam bentuk eletronik atau nama glemernya e-book.

Ini antara bisnes yang memang sentiasa ada sambutan. Namun bagaimana untuk bisnes itu berkembang pesat bergantung bagaimana kita menjemput rezeki itu. Memang ada yang menggunakan teknik pemasaran yang hebat lagi mahal namun semuanya balik pada yang memberi rezeki. Kita kena percaya rezeki itu datang dari ALLAH dan bukan datang dari makhluk.

Dalam kita berusaha untuk kembangkan bisnes jangan lupa hubungan dengan Pemberi Rezeki. Kalau sibuk sehingga lupa bahawa yang beri rezeki itu ALLAH, berniagalah apa pun memang memenatkan.

Jangan lupa FOKUS dan BERTINDAK selain MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH!

Selamat berniaga!

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian [atau] pembelian produk [atau] menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo : nnorita78[@]yahoo.com
Gmail : addinnasa[@]gmail.com

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛

 Salam sayang dari
 N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Shaklee Miri : Bisnes yang sentiasa ada permintaan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *