Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Shaklee Effect : Sebuah penghargaan.

Macam satu mimpi namun ia benar-benar terjadi semalam …dan ia berlaku di Los Angeles di Pentas Arena Convention Centre di Long Beach LA.

Shaklee Miri Sarawak

Hmmm… impian saya dulu saya nak ramai orang kenal vitamin Shaklee dan mereka ini akan buat order guna internet secara sendiri dan waktu yang sama ramai para ibu yang ada pendapatan dengan Shaklee.

Semalam siapa sangka kami antara tetamu yang menerima award Wall Of Honor dari Shaklee….masyaALLAH ALLAHU AKHBAR !

Rezeki pula dapat pergi bersama upline kami iaitu mak ayah mertua saya dan beberapa leader hebat Shaklee dari organisasi kami dan SID Shaklee seluruh Malaysia.

Ia mungkin satu penghargaan yang tidak dapat dilupakan sampai bila2.

Pada saya Shaklee banyak membantu mengubah cara hidup saya, cara pemikiran saya dan kehidupan saya secara menyeluruh.

Benar kata orang, tak perlu takut untuk bermimpi. Doa, doa dan terus doa. Doalah senjata utama setiap orang mukmin. Selepas doa dengan yakin terus usaha dan usaha dengan sabar.

Cabaran tetap ada tapi cabaran itulah yang buat jiwa kita kuat.

Cabaran datang dari banyak sudut dan ia menjadi cerita indah yang tersembunyi disebalik sebuah kejayaan.

Pujian , sindiran, hinaan adalah sebahagian yang kita terima bila kita usahakan sesuatu. Ia boleh datang dari luar atau dari dalam iaitu keluarga. Paling penting sabar dan terus sabar.

Jangan Sombong-  pesan guru saya.

Apa yang kita ada adalah pinjaman semata-mata. Ia tidak sama sekali kekal hanya ALLAH sahaja kekal abadi.

Masih terngiang-ngiang kata seorang sahabat ;

DALAM HIDUP INI KITA AKAN JUMPA ORANG YANG SAMA DI KALA KITA MENDAKI PUNCAK DAN ORANG YANG SAMA JUGA KITA AKAN JUMPA DIKALA KITA MENURUNI TANGGA. OLEH ITU JANGAN SOMBONG !

Buat semua ahli di dalam organisasi saya…. harapan saya anda tahu matlamat dan impian anda. Teruskan berjuang untuk jadikannya kenyataan. Percayalah pada mimpi anda !

Apa yang ada dibelakang ( cerita masa lalu) atau apa yang ada di depan ( cerita akan datang) tidak menentukan siapa diri kita tetapi apa yang kita fikir dan apa yang kita lakukanlah yang menentukan siapa kita hari ini.

Medal tu Mr Roger Barnet berbesar hati nak bagi pada semua leader yang datang semalam ! Award yang kami dapat dalam kotak belum buka lagi…. Alhamdulillah rezeki !

Apapun pesan saya, makan dulu vitamin Shaklee sehingga anda menjadi sebahagian dari #shakleeeffect , seterusnya kongsikan dengan keluarga dan sahabat handai dan yang lain akan datang dengan sendirinya insyaALLAH.

 ♛ Call/Whatsapp : 012-853-5689 ♛ Salam sayang dari N2 @ Ibu Addinnasa

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *