Senyum sendiri…..
“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil
membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
“Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana
dah
tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
“Yelah, yelah, ayah dah siap ni.”
Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak
mereka
yang comel dan manja.
“Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni ye?”
“Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali
ni
abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya
tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat
jam.
Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan
isterinya, Liza.
“Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama
keretanya
semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera
sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya
mula
memecut.
Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga
betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang
sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari
tidurnya.
“Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung
nanti.”
“Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,
Liza
takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
“Rileks Liza.tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di
depannya
tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya
memotong bas ekspres tadi.
“Sudah la tu bang.”
“Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia
aaa….”
Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke
lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan…. di depannya
tersergam
sebuah lori balak yang besar dan gagah dan…..
BAAANGGG!!!
“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka
matanya. Dia terlihat emaknya di situ.
“Mak, Usin di mana mak? Mana Liza mak? Macam mana dengan Liza mak?
Farah,
Adi…. mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin
tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di
depan
emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
“Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.
PANGGG!!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin
terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
“Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini.
Tu
la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!”
emaknya
terus merungut sambil berlalu keluar….
…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin
biskut!
Malu beb!!
Sekian
Moral : Pandulah dengan berhati-hati walaupun di dalam mimpi.. Ingatlah
orang tersayang…
Filename not specified.