Selsema

Paling kita takuti bila anak kita mendapat selsema. Saya masih ingat lagi semasa kami tinggal di Kertih untuk beberapa bulan yang lalu… Memandangkan perjalanan Kertih KL tidak la jauh sangat, jadi kami kerap pulang ke KL apabila abah Addin dan Nasa ada meeting di KL. Oleh kerana kerap ulang alik, dengan cuaca yang tidak menentu adakala Nasa dan Addin pastinya mendapat sedikit selsema. Namun saya selalu ingat petua mak saya… jika anak kita selsema dengan hidung yang berair (sejuk dalam) maka berikan sedikit minyak ikan kepadanya. Perkara pertama sekali yang datang dalam fikiran saya apabila anak saya mempunyai selsema yang berair dan mengalir pasti saya akan titiskan sedikit minyak ikan (omega) ke dalam mulut mereka. Insya Allah esok pasti hilang selsema mereka.
Mak saya juga berpesan sekiranya anak kita batuk/selsema dan terdengar bunyi sedikit berkahak dalam rongga dadanya mahupun tekaknya bermakna anak kita tubuh dalamnya berkeadaan panas. Cara terbaik ialah dengan memandikannya 3 kali sehari. Perlu diingat, ubun-ubun anak yang bawah setahun masih lembut dan mudah dimasuki angin maka apabila sudah mandi perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengeringkan kepalanya terlebih dahulu baru diikuti dengan mengelap seluruh tubuhnya. Seterusnya kita sapukan sedikit minyak telon dibahagian ubun-ubunnya dan di belakang kedua belah telinganya. Diikuti dengan tapak kaki, betis dan bahagian badannya.
Petua ini saya amalkan sehingga sekarang dan alhamdulillah mujarab.

Read more www.anakkuwiraku.com

One thought on “Selsema

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *