Shaklee Malaysia

Master Coordinator Shaklee Malaysia

Archives

Selamat tinggal…….

Nampaknya kami akan pulang ke Malaya (semenanjung) tidak lama lagi. Saya pasti akan merindui beberapa perkara, makanan yang sukar untuk diperolehi di Semenanjung.

Perkara yang pasti kami rindui ialah :

Ketenangan yang sangat sukar di dapati di bandar2 utama. Miri merupakan sebuah bandar yang aman dan tenang. Tak perlu kelam kabut nak ke tempat kerja. Tiada gangguan lalu lintas trafik kecuali di bulatan(roundabaout). Kemalangan tetap ada namun ia jarang berlaku. Rata-rata mereka yang bekerja akan pulang ke rumah untuk makan tengah hari kecuali bagi pasangan yang sama-sama bekerja. Jam 5.30 sudah boleh pulang dan berada bersama keluarga tersayang. Jualan besar-besaran di pusat membeli belah utama. Bolevard dan Bintang, walaupun hanya dua tempat shopping di Miri namun harga baju bila sale lebih murah berbanding di KL. Untuk kelakar( bercakap) loghat Sarawak perlu ada kawan….hmmm kena cari kawan Sarawak bila di Kl supaya masih dapat kekal kelakar Sarawak kelak.

Makanan yang pasti saya akan rindui pastilah umai….. nak kena belajar sebelum balik ni. Begitu juga dengan umai obor-obor. Kokoberry tentunya sebab tiada minuman ni di KL. If ada pun namanya mungkin lain kot. Buah salak… hmm jenuh kirim kawan nanti ni. Ikan terubuk masin saya tak berapa minat sebab banyak sangat tulangnya. Rojak Brunei dekat Ma Baker memang sedap… tapi ye lah bulan puasa ni kurang la dapat makan. Kek Lapis…saya pasti akan rindui Kak Robiah, pembuat kek lapis yang sangat sedap dan workmanship sangat halus dan teratur:).

Sedihnya nak kena balik… rasanya dah puas saya menangis memohon agar dapat saya dan keluarga menetap di Sarawak, tetapi aturan Allah yang terbaik. Mungkin benarlah kata Faiz, Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kami di Semenanjung nanti. InsyaAllah.

Saya akan rindu semua kekawan Sarawak saya……. Terutama anak-anak Yatim Miri. InsyaAllah akan selalu cikgu doakan untuk kalian!

Buat teman-teman kamek di Sarawak, doakan agar kamek orang dapat pulang ke situk agik. Mun dapat kamek mauk diam terus di Sarawak namun apakan daya…. kamek doakan kalian lebih berjaya dapat lapangan yang diceburi. Segala kenangan di Sarawak akan kamek simpan sebagai memori terindah hidup kamek.

Read more www.anakkuwiraku.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *